Drama Andai Itu Takdirnya (Astro Ria)

Tonton Drama Andai Itu Takdirnya mula bersiaran pada 6 Mac 2023. Drama Andai Itu Takdirnya merupakan drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya penulis Siti Rosmizah.

Drama bersiri 60 episod arahan Jamal Khan, Andai Itu Takdirnya dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam.

Andai Itu Takdirnya juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA

Jumlah episod : 60
Mula siaran : 6 Mac 2023
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

drama andai itu takdirnya astro ria

PELAKON DAN WATAK

  • Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  • Hannah Delisha sebagai Aleya
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  • Idzham Ismail sebagai Ikram
  • Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  • Razman Mahayuddin sebagai Faizal
  • Zulkifli Ismail sebagai Syed Abas
  • Aida Khalida sebagai Syarifah Aisyah
  • Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  • Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
  • Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
  • Hariz Hamdan sebagai Azhar
  • Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya

SINOPSIS NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. 

Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. 

Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. 

Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. 

Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?

SINOPSIS NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. 

Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. 

Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi?

Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

6 comments:

  1. Oh, boleh tengok la nanti. Tetiba teringat muka Syukri Yahya dalam telemovie 'Seratus', hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menonton kak. Tak sabar nak tengok gandingan pelakon dua ni.

      Delete
  2. Macam konfius la dengan cerita dia dengan pelakon Brunei tu. Cerita sama kan? Remake eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama Shukri Yahaya dengan Nina Iskandar tu Tajuk dia "Andainya Takdir" :)

      Delete
  3. ingat drama yg dulu tajuknya sama, yg Syukri sbgai suami baran tu
    duluu layan he hee sb ciknur suka lakunan syukri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, drama tu pun best jugak. Emosi tengok drama tu kan. Boleh layan drama ni pulak kak nur. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.