Menu Berbuka 6 Ramadan : Ayam Kicap 3 Budak Gemok

Sejak viral ayam kicap 3 budak gemok, melekat terus nama tu ye sampai sekarang. Cuma hype dia dah kurang dah. Tapi masih sedap untuk dinikmati. Asal masak ayam kicap mesti nak gandingkan dengan timun jepun rangup dan sambal geprek.

Tak sah kalau tak ada gandingan dua tu. Ayam kicap kan rasa dia manis kicap gitu sesuailah dikawankan dengan sambal geprek yang pedas.

Hidangkan dengan timun jepun yang rangup. Sedap cicah dengan sambal geprek untuk pempedas macam kami. Senang juga hidangan begini, tak perlu nak menumis sayur. Timun sebagai ulaman pun dah cukup dah.

Ayam Kicap 3 Budak Gemok

Ayam kicap 3 budak gemok ni antara menu berbuka puasa yang rajin saya buat. Cara masak ayam 3 budak gemok ni mudah je. Boleh tengok resipi ayam kicap 3 budak gemok dalam entry yang lepas. Nak lagi senang kena sediakan stok sambal geprek siap-siap. Lagi mudah kerja nak menyediakan hidangan berbuka.

Kalau masak ayam kicap suka letak hirisan bawang lebih sikit. Letak semasa menumis dan dihujung-hujung masakan. Hirisan bawang ni kita boleh jadikan lauk juga. Bukan sekadar hiasan.

16 comments:

  1. Kinah pun suka dengan ayam kicap 3 budak gemuk ni..

    ReplyDelete
  2. Kita tak pernah makan di kedai TBG ni dan tak pernah lagi cuba resepi ayam kicapnya. Nanti bila2 teringin boleh dicuba resepinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedai saya pun tak pernah makan juga. Buat sendiri je Kak. Nanti² bolehlah membuatnya.

      Delete
  3. Nanti nak liat resep nya, sukaaaa sangat makanan simple macam nih. Kalo ayam saya memang lebih suka dimasak kecap kak fizah. Lebih gurih terasa. Tapi memang supaya tak manis sangat, kasihkan juga sambal tuh 👍😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan masak kicap memang menyelerakan. Yang suka makan pedas wajib ada sambal gitu.

      Delete
  4. Replies
    1. Betul betul. Setuju sangat! Masak berkicap ni jarang tak sedap.

      Delete
  5. kalau msk kivap ni sy suka bawang lbh baru terasa kuah lbh manis

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.