Bab 3 : Mac 2023

Sekejapan 2 bulan berlalu. Tahu-tahu dah masuk bulan Mac 2023. Masuknya bulan Mac yang juga dalam bulan Syaaban menandakan bulan Ramadan semakin hampir. Tak lama lagi kita akan masuk bulan Ramadan pula. InshaAllah 1 Ramadan pada 23 Mac 2023 Umat Islam akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Doa bulan Syaaban

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya :

Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.

Tengah malam tadi dah mula hujan lebat. Bangun subuh pagi ni hujan masih turun mencurah-curah tanpa ada tanda-tanda akan berhenti. Harap tak ada lah kawasan yang banjir. Dulu zaman sekolah kalau hujan pagi-pagi kemain liat nak pergi sekolah. Kan!

Hujan-hujan ni rasa nak tarik selimut semula tapi kalau ditarik tak jadi kerja dah. Haiphhh, jangan bermalas-malasan!

Bulan Mac juga anak-anak bakal masuk sekolah semula. Sekejap je rasanya cuti sekolah mac 2023 ni kan. Nama je sebulan. Esok dah nak masuk sekolah rasa macam baru je cuti sekolah. Begitulah dunia...kejap je masa berlalu. 

kalender mac 2023

Page 60/ 365

If you are looking for someone to believe in, looking in the mirror.

Masuk bulan baru macam biasa kita tengok cuti umum dan cuti sekolah. Bulan Mac cuma ada cuti awal Ramadan untuk Negeri Johor, Kedah dan Melaka. Selain tu, cuti umum untuk Negeri Terengganu dan Negeri Johor untuk cuti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan.

Cuti umum/ Public holidays Mac 2023

4 Mac (Sabtu) – Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
23 Mac (Khamis) – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
23 Mac (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

Sambutan pada bulan Mac
Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)
8 Mac (Rabu) – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac (Rabu) – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac (Isnin) – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac (Isnin) – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac(Selasa) – Sambutan Hari Hutan Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac (Selasa)– Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests)
21 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac (Selasa) – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac (Rabu) – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac (Jumaat) – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac (Ahad) – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)

Banyak juga sambutan hari-hari tertentu di bulan Mac ni. Apa-apa pun semoga yang indah-indah di bulan Mac ni. Semoga segala urusan dipermudah oleh Allah SWT. Aamiin...

6 comments:

  1. kannn..kejab je dah bulan 3, x lama lagi puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu-tahu dah masuk Ramada, tahu-tahu dah raya..cepat masa berlalu.

      Delete
  2. Oh di sana baru selesai libur anak sekolah kak? Enaknyaaa, tak ada libur sebulan utk anak sekolah di sini 🤣. Paling lama itu hanya 2 Minggu.

    Tak berasa yaa tau2 udah bulan Maret aja.. kok kayak lari time ini. Zaman pandemic rasa lambaaaaaaat sangat 😅

    Saya cuma berharap hujan nih segera berhenti lah. Pusing tiap hari hujan, deras pun. Kasian anak dan suami nak pergi sekolah dan kantor. 😮‍💨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih cuti sekolah sehingga 19 Mac kalau tak silap. Ohh baru tahu kat sana tak ada cuti sekolah lama. Okay jugalah tu 2 minggu kira lama juga dapatlah berlibur.

      Tak dinafikan zaman pandemik duduk rumah saja rasa lambat masa berlalu. Disini baru mula hujan berterusan sehari dua ni dan ada tempat² dah banjir. risauu...

      Dulu kalau hujan masa waktu sekolah rasa malas nak kesekolah..kesian anak-anak kena hujan. Harap hujan berhenti. Risau juga kalau kena hujan boleh demam.

      Delete
  3. Alhamdulillah..bulan kelahiran saya..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mesti tak sabar nona tunggu birthday kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.