Filem Escape Di Pawagam 5 Januari 2023

Tonton Filem Escape, filem thriller Malaysia lakonan Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Dato' Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan ramai lagi.

Filem Escape mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai hari Khamis, 5 Januari 2023 selepas 2 tahun diperam yang sepatutnya ditayangkan pada Mac 2022.

Filem Escape ditunda kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut mengakibatkan penutupan pawagam di seluruh Malaysia.

FILEM ESCAPE

Tarikh tayangan : 5 Januari 2023
Penulis skrip : Ikhwansha Hazer
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Produksi : Dreamland Productions & DMY Creation

filem escape malaysia kamal adli 5 januari 2023

PELAKON DAN WATAK

  • Kamal Adli sebagai Adam
  • Elizabeth Tan sebagai Eva
  • Amar Asyraf sebagai Hamzah
  • Zamarul Hisham sebagai Imam Muljain
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Mejar Dzulkarnain
  • Riz Amin sebagai Inspektor Azizul
  • Pablo Amirul sebagai Hitman
  • Jue Aziz
  • Fiza Fukazawa

SINOPSIS FILEM ESCAPE

Adam (Kamal Adli) terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. 

Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. 

Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.


4 comments:

  1. Perasan gak iklan di TV semalam.. macam menarik jalan cerita dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trailer nampak macam menarik juga. Kalau best boleh layan nanti.

      Delete
  2. Macam tak sangka bila tengok Kamal Adli melasak dalam filem ini.. Terbaiklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genre lain dari biasa. Okaylah boleh nampak dia boleh berlakon dalam cerita aksi juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.