Fidyah : Cara Kira, Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online
Bulan Ramadan semakin hampir tiba. Hanya ada seminggu lebih je lagi kita akan bertemu Ramadan. Dah habis ganti puasa ke tu? Kalau belum, cepat-cepatlah ganti puasa. Jangan sampai kena bayar fidyah ganti puasa pula. Yang dah tak sempat nak melunaskan hutang puasa ganti selepas 1 kali Ramadan, wajib bayar fidyah.
Kalau tak tahu kira bayaran fidyah, boleh guna kalkulator kiraan fidyah online menerusi portal Majlis Agama Islam negeri masing-masing sebab kadar bayaran fidyah berbeza mengikut negeri. Selain kemudahan kalkulator fidyah, boleh terus buat pembayaran fidyah secara online.
Maksud Fidyah
Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan sehinggakan tidak sempat untuk menggantikan puasa tersebut bila hampir bulan Ramadan berikutnya.
Golongan yang wajib membayar fidyah Dan Cara Kiraan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajibTerdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.
Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:
Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah
30hari x RM4.00 = RM120.00
2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM4.00 = RM28.00
*Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.
*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)
4.Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)
5.Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )
3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)
Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia
Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Kadar fidyah juga berbeza setiap negeri.Merujuk perkongsian Ustazah Asma’ Harun, cara kiraan bayar fidyah puasa seperti di bawah :
Cara kira fidyah puasa mengikut negeri
Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar
Gandaan Fidyah
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.Sebagai contoh :
jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Kadar bayaran fidyah 2022/ 2023 mengikut negeri dan cara bayar fidyah online
Untuk memudahkan bayaran fidyah online, boleh gunakan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik dan seterusnya membuat bayaran.Kalkulator online & bayaran online : http://fidyahkedah.gov.my/
2. Perlis : RM5.00
Kalkulator online & bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
3. Pulau Pinang : RM1.75
Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/
4. Perak : RM1.90
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
5. Selangor : RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
Kalkulator online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
6. Wilayah Persekutuan : RM4.00
Kalkulator online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
7. Negeri Sembilan : RM1.75
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
8. Melaka : RM1.80
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
9. Johor : RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
10. Pahang : RM1.75
Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/
11. Terengganu : RM1.75
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/fidyah/
12. Kelantan : RM1.75
Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
13. Sarawak : RM1.75
Kalkulator dan bayaran online : Laman web dalam penyelenggaraan
14. Sabah : RM1.75
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php
Bila perlu bayar fidyah
Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Jika lupa berapa hari puasa yang ditinggalkan
Menurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau lupa bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadan yang telah dilangkau.
Nampaknya Perlis je tak perlu ganda. Tapi terus kira RM5/hari lah.
ReplyDeleteYa, begitulah. Ikut bilangan hari.
DeleteSekarang mudah dah ada cara nak kira melalui online sahaja.
ReplyDeleteYe betul tu kak. Semuanya di hujung jari je.
Delete