Menu Berbuka 3 Ramadan : Ikan Kerisi Goreng, Butterhead Lettuce Dan Sambal Geprek
Kejap betul dah 3 Ramadan. Dah 3 hari kita berpuasa. Apa menu berbuka 3 Ramadan? Saya masak serba ringkas je macam biasa. Menu berbuka 3 Ramadan masak menu ikan lagi. Ikan kerisi goreng garing dengan ulaman butterhead lettuce yang rangup cicah sambal gesek.
Menu lebih kurang menu berbuka 2 Ramadan. Cuma beza ikan dan ulaman. Tak payah lauk dah. Ini pun dah cukup berselera makan. Tapi jenis orang yang suka menu berkuah, menu begini mungkin tak berapa laku lah kot kan.
Sampai hari ketiga berpuasa masih mempertahankan lauk ikan. Agak agak dah jemu, kita tukar menu lain lah pula.
Selamat berbuka puasa
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa juga wak.
Deletehehe. kalau saya, lagi suka ikan sebab ada macam-macam jenis. tukar sahaja supaya tak jemu
ReplyDeleteYe betul! Tukar jenis je ikut kesesuaian masakan.
Delete