Lirik Lagu Amir Jahari - Hasrat (OST Filem Imaginur)

Penyanyi, pemuzik, pelakon dan penulis lagu Malaysia kelahiran Akademi Fantasia iaitu Amir Jahari tampil dengan lagu terbaharu berjudul HASRAT yang juga merupakan runut Filem Imaginur

Kisah disebalik Lagu Hasrat- Amir Jahari

Lagu Hasrat telah siap pada hujung tahun 2019 selepas beliau (Amir Jahari) mendapat sinopsis filem Imaginur. Pada masa itu skrip dan filem masih belum dibuat lagi. Beliau menulis lirik berdasarkan sinopsis umum sahaja tanpa ketahui lebih lanjut tentang kisah Imaginur. Rakaman pula hanya ambil masa 3 hari. 

Pada ketika itu, beliau menghasilkan karya dalam keadaan 'barai' dimana waktu emosi tengah berat selepas mengetahui ayahnya menghidapi kanser, kemudian pandemik dan tak boleh nak balik sebab Covid-19. Kemudian, tahun lepas ayahnya meninggal. 

Lagu Hasrat bernada rendah dan agak sedih jika dilihat daripada bait bait liriknya. Tetapi sebenarnya lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari ini adalah tentang harapan, unsur harapan itu kuat. Ia seperti memujuk diri untuk tidak letak apa-apa jangkaan dan berserah. 

Berhenti berharap kepada duniawi, berharaplah pada Yang Satu. Mungkin disebabkan tipikal masyarakat dan mentaliti orang kita lebih tertarik dengan isu sedih, mistik. 

Tajuk lagu : Hasrat
Penyanyi : Amir Jahari
Komposer & Lirik : Amir Jahari

Lirik Lagu Amir Jahari Hasrat OST Filem Imaginur

Lirik lagu Hasrat - Amir Jahari (OST filem Imaginur)

Jika hari ini
Yang terakhir
Izinkanku mendengar suaramu lagi

Jika Hari ini
ku menghembuskan nafas terakhir
Pedulikah kamu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tiada daya dan upaya
Untuk membuatmu senyum
Seakan-akan tidur
Yang kusangkakan
Hanyalah mimpi
Tidak terperi
Genggam erat tanganku

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tuhan Izinkan ku
Cerita apa ku rasa
Izinkan
Ku lafas kata cinta
Beri makna rindu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.