Menu Berbuka 4 Ramadan : Nasi Beriani Gam Ori
Menu Berbuka 4 Ramadan, bertukar kepada menu ayam pula. Tapi bukan masak sendiri, beli je. Kita mana pandai masak nasi beriani. Setakat nak makan berdua je baik beli je terus senang. Saya order nasi beriani gam ori kegemaran delivery by foodpanda.
Tahun lepas 3 kali repeat menu berbuka nasi beriani gam ori. Kedai yang sama, rasa yang sama cuma harga tak sama dah. Harga ayam kan dah naik. Yang bagusnya, harga ayam naik pun tuan kedai akan bagi 2 ketul ayam kalau saiz ayam kecil.
Cuma dalam gambar saya letak seketul ayam je. Sebenarnya ada dua. Porsi nasi sebenarnya juga banyak, saya letak semangkuk je sebab muat-muat pinggan untuk divisualkan. Nasi tu lebih semangkuk porsi dia. Lebih kurang semangkuk lebih lah macam tu.
Harga RM13 lebih order melalui foodpanda. Didatangkan dengan acar timun nanas, kuah dhal dan juga papadom.
Alhamdulillah rezeki menu berbuka 4 Ramadan. Sedap macam biasa. Itu yang repeat order kedai yang sama. Rasa setara dengan harga dan porsinya. Masakan Home Chef gitu.
Nak rasa nasi beriani gam ori sedap di Seremban, boleh lah cuba nasi beriani gam ori. Selain itu, nasi beriani Warisan Hj. Ayob pun sedap juga.
Sedap tue .
ReplyDeleteYup, sedap!
Deletemenariks gak tu..leh try nanti
ReplyDeleteBolehlah cuba nanti kot kena dengan selera.
DeleteSedapnyaa nasi beriani
ReplyDeleteYup, nasi beriani memang sedap.
DeleteMakin tak sabar saya ke Malaysia Juli nanti 😄. Dah catat semua kuliner yang nak dicoba di Penang terutama. Termasuk lah nasi briyani ini 😄. Sebenernya di Indonesia pun ada, tapi terkadang masing negara beda2 rasa
ReplyDeleteMesti banyak list menu yang kena cuba bila kembali ke Malaysia nanti. Ya betul, lain tempat lain rasanya.
Delete