Niat Puasa Ramadan Harian, Niat Puasa Ramadan Sebulan Dan Doa Berbuka Puasa

Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakannya oleh setiap orang Islam yang mukallaf, meninggalkannya tanpa uzur adalah berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Sesiapa yang berbuka puasa satu hari pada bulan Ramadan tanpa uzur atau sakit ia tidak akan mendapat kelebihan yang sama dengan satu hari bulan Ramadan sekalipun ia mengqadhakannya semula sepanjang tahun — H.R. Bukhari, Fiqhu al Sunnah : 1/267

Maksud Puasa

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“. Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.

Niat puasa Ramadan

Niat puasa Ramadan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa. 

Niat Puasa Ramadan Harian Niat Puasa Ramadan Sebulan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat puasa Ramadan harian beserta bacaan rumi

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat puasa Ramadan sebulan beserta bacaan rumi

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Ramadan Harian Niat Puasa Ramadan Sebulan Dan Doa Berbuka Puasa
sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Waktu niat puasa Ramadan

Waktu niat berpuasa bermula daripada terbenamnya matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.

Jika terlupa niat puasa

Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e,  dianjurkan untuk berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki. Ianya untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari.

untuk rujukan : sumber

Doa berbuka puasa

Doa berbuka puasa ketika seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Rumi : Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : “Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Doa berbuka puasa ketika ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Rumi : Allahumma laka shumna wa bika amanna wa‘alaa rizqika aftharna birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : “Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”


10 comments:

  1. Salam ramadan
    Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 yang lainnya

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan & selamat berpuasa 😊💕

    ReplyDelete
  3. kalau rajin lps terawih sy baca niat setiap hari. kalau x niat trs utk sebulan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun baca lepas terawih juga. Senang dah terbiasa, inshaAllah tak lupa.

      Delete
  4. Salam ramadan . Alhamdulillah diberi lagi peluang menyambut ramadan untuk kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Kareem.
      Alhamdulillah, berpeluang kita bertemu Ramadan lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.