Singgah Sebentar Berbuai Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson
Alang-alang ke Port Dickson, singgah sebentar di Pantai Tanjung Gemok nak menikmati permandangan pantai yang indah. Haritu kami singgah ramai orang dan masa tu agak semak juga kawasannya. Mungkiun sebab lepas PKP kot. Agak terbiar.
Kali ni kami sampai sedap sikit mata memandang. Datang pula waktu tengahari, agak kurang pengunjung. Tapi dalam tak ramai, gazebo sana sini penuh juga tak ada yang kosong. Kalau weekend ni confirm tak ada tempat nak melepak.
Yang kosong cuma buaian ni je lah. Buaian ni jugalah puncanya saya nak datang sini. Nak ambil gambar di buaianlah kononnya. Di Pantai Tanjung Gemok ni ada 2 buaian.
Satu lagi dah berpenghuni macam tak mahu bangkit dah. 2 orang wanita India tengah rancak berbual. Memang tak nampak tanda-tanda nak bangun pun. Jadi, kita pergilah yang kosong ni. Dari jauh macam tak sabar nak duduk dan bergambar acah-acah healing dengan suasana pantai.
Tapi kecewa bila sampai dekat sebab buaian tinggi. Lepas tu senget. Duduk je menggelonsor bontot dari tempat duduk buaian tu. Papan pula sejenis licin. Aiyaa...potong mood nak bergambar dah. Dapat jugalah duduk sekejap tapi tulah gambar tak menyakinkan untuk letak disini.
Dah puas bergambar walaupun tak puas hati, jomlah balik. Tengah panas kot! Mana tahan sidai lama-lama tengah panas. Perut pun lapar sudah.
Pantai yang agak luas juga. Rasanya kalau hujungg minggu mesti penuh dengan pengunjung atau ada yang berkelah juga disini. Lepak-lepak healing tepi Pantai Tanjung Gemok pun best juga. Pantai yang agak bersih jugalah.
Mungkin boleh mandi manda juga kot. Yang tak bestnya ada anjing merata. Ada lah dalam 5 ekor macam tu. Tak kacau orang tapi risau jugalah kan tentang keselamatan tu.
Bagus juga idea letak buaian di tepi pantai macam ni. Salah satu daya tarikan untuk pengunjung datang. Kadang orang datang nak bergambar je. Kan...
Pertama kali tahu tentang pantai ni. Ye, Telok Kemang lebih dikenali kan, di PD. Selamat berpuasa, Fizah. :)
ReplyDeleteNanti kalau ke PD boleh singgah Pantai Tanjung Gemok pulak Kak Nur.
DeleteSelamat berpuasa juga :)
Sekarang rata² pantai dah ada buaian kan? Cantik utk bergambar...
ReplyDeleteSelamat berpuasa Fiza 💐
A'ah, perasan juga tu dah banyak buaian diletakkan di tepi pantai sebagai daya penarik.
DeleteSelamat berpuasa juga kak.
cantiknya, kalau dah redup petang mesti seronok berbuai
ReplyDeleteCantik kan tempat ni. Agak bersih juga. Ye, kalau petang petang datang lepak memang syok dibuai angin sepoi sepoi bahasa tepi pantai.
Delete