Sesekali Masak Ikan Kerisi Goreng Berlada
Agak lama juga ye tak post entry masak-masak. Itulah, siapa suruh mood kelaut. Kan dah susah nak panggil naik darat. Dalam tempoh masa tu bukan tak masak. Ada je masak, cuma malas nak menggambarkan segala makanan. Bila mood malas tu datang, faham-faham je lah.
Terasa bosan pula dengan ikan goreng sahaja cicah sambal geprek. Kali ni masak menu dengan sambal terus. Masak ikan kerisi goreng disirami sambal berlada cili api campur kunyit. Menu yang ringkas untuk menu berbuka atau bersahur pun okay juga ni.
Segenggam Cili api*
5 biji bawang merah rose*
2 ulas bawang putih*
1/2 bawang holland (optional)
2 inci kunyit hidup*
serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
Minyak masak
Terasa bosan pula dengan ikan goreng sahaja cicah sambal geprek. Kali ni masak menu dengan sambal terus. Masak ikan kerisi goreng disirami sambal berlada cili api campur kunyit. Menu yang ringkas untuk menu berbuka atau bersahur pun okay juga ni.
Resipi Ikan Kerisi Goreng Berlada
Bahan-bahan
2 ekor Ikan kerisiSegenggam Cili api*
5 biji bawang merah rose*
2 ulas bawang putih*
1/2 bawang holland (optional)
2 inci kunyit hidup*
serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
Minyak masak
Tomato (optional) Selain tomato boleh juga gunakan asam keping atau asam belimbing
Cara penyediaan
- Cuci ikan dan kelarkan. Lumurkan garam dan serbuk kunyit macam biasa.
- Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing. Lepas tu angkat letak dalam pinggan.
- Tumbuk kunyit, cili api, bawang putih dan bawang merah. Tak perlu lumat sangat. Tumbuk kasar je pun boleh.
- Kurangkan minyak goreng ikan tadi untuk menumis. Tumis dahulu bawang holland yang dipotong atau dimayang. Tumis sampai garing layu baru masukkan bahan tumis. Kacau dan biarkan bahan tumis garing.
- Masukkan potongan tomato dan garam sikit.
- Masukkan air sikit dan biarkan kering sikit. Dah siap, tutup api dapur dan curahkan terus atas ikan goreng tadi. Boleh juga nak masukkan semula ikan goreng tadi dalam kuali. Tapi saya nak kekalkan kegaringan ikan tu, jadi saya curahkan je atas ikan.
Masakan yang simple, panas dan pedas memang menyelerakan. Ikan kerisi dah memang sedap isinya. Goreng pun sodap! Cicah sambal makan dengan ulam lagilah sedap. Kan?
Saya suka campurkan dengan tomato atau belimbung buluh sebab boleh makan sekali. Kalau letak asam keping tak boleh nak makan pula. Licin pinggan kalau makan lauk ni panas-panas.
Post a Comment