Sambal Geprek Untuk Stok Bulan Puasa

Ngam ngam je stok sambal geprek habis. Kita ni jenis pempedas mana boleh kalau tak ada sambal. Ibarat tak ada kicap jalen tak berselera makan. Wahh sampai begitu ye. Tapi memang begitulah hakikatnya kan. Kena ada pedas baru berselera makan.

Yang tak makan pedas memang tak heran lansung kalau tak ada sambal. Tapi kami golongan pempedas sangat kisah ye kalau tak ada sambal. Lain orang lain seleranya bukan.

Lagi- lagi nak masuk bulan puasa ni. Kalau boleh nak sediakan lauk pauk ringkas-ringkas je. Contohnya ikan goreng, ulam dan sambal. Terpaling ringkas dah tu. Janji ada sambal! Boleh patah selera kalau tak ada something yang pedas. 

Bila ada sambal, penyediaan untuk menjamu selera pun jadi cepat dan menjimatkan masa. Tak payah pening nak fikir lauk lain kecuali selera berubah. Lauk utama tu macam ikan atau ayam tu, boleh digoreng atau dibakar lawan dengan ulam cicah sambal geprek/gesek. Padu yakmat!

Resipi sambal geprek sedap

Resipi sambal gesek

Bahan-bahan
Cili merah super pedas (cili api Thailand)
bawang merah rose
bawang putih
tomato
garam
gula perang
minyak
air

Cara penyediaan

  1. Rebus cili api sampai masak, kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Campurkan semua bahan dan goreng sampai masak, kemudian toskan minyak.
  3. Untuk kisar tu boleh campurkan air sikit untuk memudahkan proses kisar.
  4. Selepas kisar, masukkan semula dalam kuali dengan lebihan minyak tadi. Masak sambal lagi sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Dah masak, angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais.
baca juga : resipi sambal gesek versi kisar

Resipi sambal geprek sedap

Resipi sambal geprek tahan lama bila kita masak 2 kali macam ni. Cara buat sambal geprek simple pada saya dan sedap bila dimasak. Kalau jenis sambal geprek mentah tu risau sakit perut. Jadi, eloklah kita masak dengan betul.

Bulan puasa tak boleh makan pedas sangat. 3 bekas ni cukuplah kot untuk stok bulan puasa. Dapat rasa pedas sikit-sikit pun okaylah buat rasa-rasa. Tiba-tiba terfikir, mesti laris jualan sambal geprek Khairul Aming bulan puasa ni. Rasanya segala jenis sambal ready to eat mesti laris punya kan. 

8 comments:

  1. dulu rajin buat. sekarang dah fikir2 nak beli sambal kharul aming jugak ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni wak dah tak berapa berani sambal
    Terutama bulan puasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham wak. Faktor kesihatan dan usia tak digalakkan makan pedas. Kena elak kalau boleh. Bulan puasa lagi kena jaga perut kalau tak boleh makan pedas.

      Delete
  3. fiza ambik gambar cantik sangat sampai I rasa nak beli! Nak masak sendiri, malas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Terima kasih. Kalau datang mood rajin nanti boleh lah buat sendiri.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.