Menjamu Selera Di Tapaq King Ikan Bakar Port Dickson
Misi utama ke Port Dickson sebenarnya nak makan ikan bakar dan asam pedas. Sehari sebelum puasa kami rancang ke Port Dickson. Nak ke Melaka macam malas nak pergi jauh-jauh walaupun perjalanan ke Melaka tu tak ambil masa lama sejam lebih je.
Tapaq King Ikan Bakar ni buka pukul 12:00 tengahari. Kami sampai lebih kurang 12 setengah macam tu. Tak ramai pengunjung yang ada. Mungkin sebab hari waktu bekerja.
Tapaq King Ikan Bakar ni stand alone dengan kawasannya yang luas. Parkir luas, meja kerusi luar dalam pun banyak. Confirm lah hujung minggu dipenuhi orang ramai.
Sebelah ikan bakar, lauk pauk asam pedas. Encik suami pilih ikan mambong. Kecewa sekali lagi sebab tak ada ikan kembung. Yang ni pun dah siap masak, pekerja tinggal masukkan dalam mangkuk je. Ikan bakar sudah, asam pedas sudah. Kami ambil sepinggan ulam-ulaman ada hirisan tomato, kubis dan hirisan timun yang dah siap disediakan. Tinggal ambil je.
Lebih baik pergi tempat dekat-dekat je. Cepat sampai. Yang penting tak jem! Malas betul nak menghadap jem. Walaupun budak-budak dah naik sekolah, syukurlah tak jem. Usah sibuk bergambar di Pantai Tanjung Gemok, kami menuju terus ke Tapaq King Ikan Bakar tempat makan viral di Port Dickson.
Masa pergi Port Dickson sebelum ni ada nampak signboard Tapaq King Ikan Bakar Port Dickson sebesar alam ni dari jalan besar. Ini kalilah kami singgah nak menjamu selera disini. Kebetulan kami nak makan ikan bakar dan asam pedas ada di Tapaq King Port Dickson ni.
Tapaq King Ikan Bakar ni buka pukul 12:00 tengahari. Kami sampai lebih kurang 12 setengah macam tu. Tak ramai pengunjung yang ada. Mungkin sebab hari waktu bekerja.
Tapaq King Ikan Bakar ni stand alone dengan kawasannya yang luas. Parkir luas, meja kerusi luar dalam pun banyak. Confirm lah hujung minggu dipenuhi orang ramai.
Disini sistem dia kena layan diri. Kena beratur, ambil pinggan dengan dulang sekali. Lepas tu akan melalui kaunter lauk pauk dimulakan dengan ikan bakar. Ada pelbagai jenis ikan bakar. Saya ambil ikan cencaru bakar.
Tudiaaa..bapak besar dia punya ikan cencaru. Ingatkan bila order baru dia bakar. Rupanya dah siap-siap di bakar, tinggal curahkan sambal je. Kecewa dah di situ sebab kita nak makan ikan bakar panas-panas. Selain ikan cencaru ada ikan siakap, mambong, talapia dan bawal.
Sebelah ikan bakar, lauk pauk asam pedas. Encik suami pilih ikan mambong. Kecewa sekali lagi sebab tak ada ikan kembung. Yang ni pun dah siap masak, pekerja tinggal masukkan dalam mangkuk je. Ikan bakar sudah, asam pedas sudah. Kami ambil sepinggan ulam-ulaman ada hirisan tomato, kubis dan hirisan timun yang dah siap disediakan. Tinggal ambil je.
Dah ambil lauk semua, hujung sekali kaunter bayaran. Kena bayar dulu sebelum makan.
Nasi putih x2
Ikan cencaru bakar
Asam pedas mambong
Sepinggan ulam-ulaman
2 gelas teh o ais
Total semuanya RM40
Ikan cencaru bakar
Asam pedas mambong
Sepinggan ulam-ulaman
2 gelas teh o ais
Total semuanya RM40
Murah ke mahal? Pada saya murah dah tu. Dari segi rasa macamana pula? Rasa tu pada saya bolehlah kalau datang masa tengah lapar. Bila lapar confirm makanan habis sampai tak sempat nak fikir makanan tu sedap ke tidak.
Lebih berselera makan jika ikan bakar di bakar selepas order. Dapat makan ikan bakar panas-panas baru nikmat. Baru betul namanya ikan bakar. Bila dah dibakar terlebih dahulu, jadi sejuk dan isinya agak kering. Mujur juga ada sambal tapi itupun tak panas juga.
Kuah asam pedas sedap jugalah tapi itulah sejuk juga. Isi ikan mambong pun agak keras. Kalau dimasak panas-panas pasti sedap.
Kesimpulannya semua lauk pauk dan nasi dalam keadaan sejuk gitu. Kita faham kedai macam ni kalau ramai pengunjung memang tak menang tangan nak layan. Sebab tu sistem dan penyediaan lauk macam ni. Apa-apapun ikut selera masing-masing.
Cuma kecewa sikit lah sebab datang dari jauh nak menikmati makanan sedap tapi apakan daya, itulah rezeki kami hari semalam. Kami bedal je sebab dah lapar kan.
Selain ikan bakar, asam pedas banyak lagi menu yang menarik selera antaranya siput sedut, masakan lemak cili api dan macam-macam lagi. Banyak pilihan lah cerita dia. Pilih je nak yang mana ikut tekak masing-masing. Banyak juga booth-booth yang ada jual pelbagai menu.
Ikutkan kami nak makan ikan bakar tempat favourite kami di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson tapi tak kena masa pula. Biasa dia buka lewat sikit. Risau je kalau kesana tak buka. Itu yang tersinggah sini konon nak cuba tempat baru.Lepas tu nak makan asam pedas Claypot UDA PD tapi lokasi kedainya dah berubah dan petang-petang baru buka rasanya. Tak apalah, tak ada rezeki nak makan tempat favourite. Dapat makan di Tapaq King Ikan Bakar ni pun okaylah buat rasa-rasa.
Nak kesini, waze kan je Tapaq King. Sure sampai!
Misi makan ikan bakar dan asam pedas sebelum puasa is done...
Post a Comment