Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H/ 2023 Malaysia
Tarikh melihat anak bulan Ramadan dan perisytiharan bermulanya puasa telah ditetapkan pada petang hari Rabu, 22 Mac 2023 bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
![Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H 2023 Malaysia Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H 2023 Malaysia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbkqm-EUnoUqRCwRy6bp3-yGU8kVsvR7PdLpqVpL9Cvo7xjhz00zkzgVuycrHPQrVjGFON3bnmOT5xjHHiHbZSLUxN656URJ4PHtDCRmAbQkOn21rE_ESXNrxKM1DVJxmcH10L-gDRfjfQkS_cHYEtqhJnPHUKqYZVcIKYpdu9nOoth7JMqr_qpJiIUg/s16000-rw/Tarikh-melihat-anak-bulan-Ramadan-dan-perisytiharan-puasa-2023.webp)
![Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H 2023 Malaysia Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444H 2023 Malaysia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbkqm-EUnoUqRCwRy6bp3-yGU8kVsvR7PdLpqVpL9Cvo7xjhz00zkzgVuycrHPQrVjGFON3bnmOT5xjHHiHbZSLUxN656URJ4PHtDCRmAbQkOn21rE_ESXNrxKM1DVJxmcH10L-gDRfjfQkS_cHYEtqhJnPHUKqYZVcIKYpdu9nOoth7JMqr_qpJiIUg/s16000-rw/Tarikh-melihat-anak-bulan-Ramadan-dan-perisytiharan-puasa-2023.webp)
Pengisytiharan atau pengumuman tarikh permulaan puasa bulan Ramadan tahun 2023 M / 1444 H di Malaysia
Pengisytiharan permulaan puasa bulan Ramadan 2023 di Malaysia akan diumumkan di menerusi saluran RTM TV1 pada hari yang sama iaitu hari Rabu, 22 Mac 2023 pukul 8:00 malam.
Pengumuman permulaan puasa di Malaysia akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri di Malaysia yang lakukan lewat petang pada hari Rabu, 22 Mac 2023.
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Kuala Lumpur
Selangor
Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
Labuan
Sama-samalah kita nantikan pengisytiharan pengumuman tarikh mula Puasa Awal Ramadan 2023 di Malaysia.
Senarai lokasi cerap di seluruh negeri di Malaysia
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Perlis.png)
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Kedah.png)
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Penang.png)
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Perak.png)
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/WP-Kuala-Lumpur.png)
- Menara Kuala Lumpur
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Selangor.png)
- Bukit Melawati
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/WP-Putrajaya.png)
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Sembilan.png)
- Telok Kemang, Port Dickson
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Melaka.png)
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Johor.png)
- Pontian Kecil
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Pahang.png)
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
- Bukit Pelindung, Kuantan
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Terengganu.png)
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Kelantan.png)
- Bukit Peraksi, Pasir Putih
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Sarawak.png)
- Tanjung Lubang, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/Negeri-Sabah.png)
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
![](https://www.gcarian.com/wp-content/uploads/WP-Labuan.png)
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)
Merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tarikh permulaan Puasa Ramadan 1444 Hijrah/ 2023 Di Malaysia jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.
Tarikh permulaan puasa Ramadan yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tarikh permulaan puasa Ramadan yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tarikh rasmi permulaan puasa pulan Ramadan 2023M / 1444H di Malaysia
*Akan dikemaskiniSama-samalah kita nantikan pengisytiharan pengumuman tarikh mula Puasa Awal Ramadan 2023 di Malaysia.
selmat menyambut Ramadhan Kareem...
ردحذفSelamat menyambut Ramadan Mubarak :)
حذفselamat menunaikan ibadah untuk fiza sekeluarga :)
ردحذفSelamat berpuasa juga untuk awak dan keluarga :)
حذف