3 Syawal Di Kuala Pilah

3 Syawal kembali semula ke Kuala Pilah, kampung encik suami. Bukan beraya tapi singgah sebentar sebelum balik rumah. Jumpa anak-anak buah yang baru balik beraya dari Perlis. Sebelum sampai kampung, kita singgahlah di sawah padi nak bergambar.

Port wajib bergambar tapi sayang sebab padi nan hado. Yang ada hanya lalang-lalang. Tapi alang-alang dah sampai tak kan nak pulang begitu je. Ambillah gambar berkeping-keping di tengah panas tu. Sekali tengok gambarnya kelam sebab salah port bergambar membelakangkan cahaya matahari.

Even lighting on point pun tapi salah tempat, tak cantik juga gambarnya. Selepas edit mengedit dapatlah gambar cerah sikit. Itupun macam tak okay sangat pun. Jadi kurang sharp. Takpelah, janji ado!

3 Syawal Di Kuala Pilah

3 Syawal, kita ulang semula tema kuning 8 Syawal tahun lepas. Haritu dah bergambar di Istana Seri Menanti. Takkan nak bergambar di situ dengan baju yang sama kan. Jadinya kita bergambar di sini je lah. Sampai raya ketiga je lah kita berbaju raya sedondon. 

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.