Bab 4 : April 2023

Tudiaa...bulan April dah! Know know dah Raya. Ada pula khabar berita katanya Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. Bermakna kita raya awal tahun ni. Boleh stand by awal tak kalut. Kalau tidak jadi raya terkejut lagi nanti.
Jakim ingin memaklumkan, pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. Kenyataan itu memaklumkan, cerapan Hilal Syawal tahun ini akan dijalankan pada petang 20 April bersamaan dengan 29 Ramadan. Sehubungan itu, semua pihak diminta menghormati ketetapan berkenaan dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tarikh 1 Syawal.
Jangan nak kalut raya awal sangat. Kita raikan dan hayati Ramadan dulu. 

1 April sinonim dengan April fool. Tapi April Fool bukan budaya Islam, jadi jangan terjebak. Marilah kia hayati Ramadan yang sudah hampir separuh jalan. Mengharapkan yang baik-baik sahaja di bulan puasa ni.

Bulan April selain menikmati bulan Ramadan, kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan. Sebelum tu pada 8 April kita akan menyambut Nuzul Al-Quran. Banyak peristiwa penting dan cuti di bulan April ni. Untunglah siapa yang cuti lama bermula cuti raya sampai 1 Mei Hari pekerja. 

april 2023 calendar

Page 91/ 365
I love desert for its endless horizon and less to expect
What makes it beautiful is that
somewhere it hides a well

Cuti umum/ Public holidays April 2023

7 April (Jumaat) – Good Friday (Sabah & Sarawak)
8 April (Sabtu) – Nuzul Al-Quran (Kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
9 April (Ahad) – Cuti Nuzul Al-Quran (Kelantan & Terengganu)
15 April (Sabtu) – Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
22 April (Sabtu) – Hari Raya Aidilfitri 2023 (Cuti Umum)
23 April (Ahad) – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
24 April (Isnin) – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
26 April (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

2 comments:

  1. sy x plan kot nak.ambil cuti lama raya thn ni.. rs nya 3 hari tu pun dah ckp...yg penting dpt beraya. fiza raya mn thn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dapat cuti raya kan Anies. Tahun ni tak pasti lagi. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.