Bayaran Fasa 2 STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Mulai 5 April 2023

Seperti yang telah diumumkan LHDNM di twiiter, Tarikh pembayaran STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 2 akan dibuat mulai 5 April 2023 secara berperingkat. Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

tarikh dan jumlah pembayaran str fasa 2
sumber : LHDN

PEMBAYARAN STR FASA 2

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2
1. Ada Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank mulai 5 April 2023 secara berperingkat.

2. Tiada Akaun Bank
Boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Jumlah bayaran STR Fasa 2 mengikut Kategori :
  1. Isi Rumah : Kahwin, Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak : RM200
  2. Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
  3. Bujang : RM100

KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 2

Pembayaran STR Fasa 2 berdasarkan kaedah pembayaran STR Fasa 1 seperti berikut :

1. Kredit ke akaun bank 
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. 

2. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya : 
a. Pembayaran STR Fasa 1 adalah secara tunai 
b. Status pengkreditan gagal kredit 
c. Tiada maklumat akaun bank


SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2

Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 05 April 2023 melalui :
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 2; atau 
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau 
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau 
v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran. 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 2

Cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my
Semakan status pembayaran Fasa 2 boleh dibuat pada menu seperti berikut : 
i. Klik Log Masuk MySTR 
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon 
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan 
iv. Masukkan Kata Laluan 
v. Klik Semakan Status 
vi. Klik Maklumat Bayaran 

untuk soalan lazim yang lain berkaitan dengan STR, boleh rujuk di bantuantunai.

2 comments:

  1. harap dpt meringankan perbelanjaan rakyat utk raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit sebanyak membantu juga untuk rakyat berbelanja, kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.