Doa Akhir Ramadan
Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Bulan suci Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Syawal bakal menggantikan tempatnya. Sudah tentu kita akan merindui Ramadan. Entah kita akan bertemu lagi atau tidak di tahun akan datang.
baca juga
Sebelum Ramadan berlalu pergi, jangan lupa doa di akhir Ramadan dan semoga berjumpa di bulan Ramadan tahun akan datang. InshaAllah, dengan izin Allah jika dipanjangkan usia kita.
baca juga
Sebelum Ramadan berlalu pergi, jangan lupa doa di akhir Ramadan dan semoga berjumpa di bulan Ramadan tahun akan datang. InshaAllah, dengan izin Allah jika dipanjangkan usia kita.
Doa akhir Ramadan
أَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
Allahumma laa taj'alhu aakhiral 'ahdi min shiyaamina iyyaah, fain ja'altahu faj'alnii marhuuman wa laa taj'alnii mahruuma.
Maksudnya : " Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata."

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan maupun selepas Ramadan.
Ya Allah, berakhirnya Ramadan yang berlalu pergi ini, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu. Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Aamiin yaa rabbal 'aalamiin
sumber : Bahagian Dakwah, Jakim
Amin YRA. Semoga semua amalan kita diterima dan diampunkan segala dosa-dosa
ReplyDeleteAamiin...
DeleteAmin Ya Rabbal Alamin.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTidak tahu pula ada doa untuk akhir Ramadhan
ReplyDeleteTq ingatkan.
Ada banyak doanya. Boleh baca mana²
DeleteSama²
Sekajap sahaja Ramadan nak tinggalkan kita . Moga setiap amalam kita diterima olehNya
ReplyDeleteBetul tu, kejap je kan.
DeleteAamiin...
tinggal sehari je lagi
ReplyDeletethn dpn ntah ada umur ke tak nak jumpa ramadan lagi
Kejap je kan. Semoga ada rezeki lagi kita bertemu Ramadan.
Delete