Drama Cikgu Terpaling A Di TV3

Tonton Drama Cikgu Terpaling A lakonan Zamarul Hisham, Izzue Islam, Scha Elinnea, Afifah Nasir, Mark Adam, Cik B dan ramai lagi bersiaran pada hari raya pertama hingga raya ketujuh, pukul 10:30 pagi di TV3.

DRAMA CIKGU TERPALING A

Waktu siaran : Hari raya pertama- hari raya ketujuh, pukul 10.30 pagi
Siaran TV/ Platform penstriman : TV3, astro (CH103) Tonton dan Xtra
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Orangetree Productions

Drama Cikgu Terpaling A

PELAKON DAN WATAK

Zamarul Hisham, Izzue Islam, Scha Elinnea, Afifah Nasir, Mark Adam, Cik B, Rosli Rahman Adam, Shamsul Ghau Ghau, Razak Ahmad, Haikal Hakimi, Amyza Aznan, Joey Daud, Azza Elite
  • Zamarul Hisham sebagai Cikgu Johan
  • Izzue Islam sebagai Cikgu Wira
  • Scha Elinnea sebagai Cikgu Rose

SINOPSIS DRAMA CIKGU TERPALING A

Cikgu Wira seorang orang guru di sekolah Sri Gemilang di sebuah kampung. Dia adalah guru cemerlang yang sering dinobatkan pelbagai anugerah dan gelaran yang terpuji di sekolah. Cikgu Wira suka pada Cikgu Rose tetapi akan berasa panik apabila cuba untuk untuk mengajak Cikgu Rose keluar. 

Kehadiran Cikgu Johan yang membuat Cikgu Wira berasa cemburu dan tergugat. Walaupun bersaing dalam dalam pelbagai aspek, demi tugas dan tanggungjawab, Cikgu Wira akan berkerjasama menyelesaikan pelbagai isu.

Wira atau Johan! Siapa akan menang? Saksikan Drama Cikgu Terpaling A pada hari raya pertama hingga raya ketujuh di TV3 pukul 10:30 pagi.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.