Drama Presiden Kampung Morten Di Tonton
Tonton Drama Presiden Kampung Morten mulai 17 April 2023 ditayangkan di platform penstriman Tonton secara percuma. Drama Presiden Kampung Morten dibintangi pelakon dan pelawak Malaysia Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monica, Ucop Cecupak, Norman Hakim, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Mula siaran : 17 April 202
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.
Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado.
DRAMA PRESIDEN KAMPUNG MORTEN
Jumlah episod : 10Mula siaran : 17 April 202
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
PELAKON DAN WATAK
Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monica, Ucop Cecupak, Norman Hakim, Chacha Maembong dan ramai lagi.- Didie Alias sebagai Kiambang
- Ozlynn Waty sebagai Manisah
- Bell Ngasri sebagai Man Tapau
- Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
- Ieda Moin sebagai Kiah Tumis
- Alif Muhaimin sebagai Hassan
- Sheila Mambo sebagai Che Embun
- Seha Monica sebagai Mak Tun
- Ucop Cecupak sebagai Pak Sood
- Norman Hakim sebagai Mudim Sado
- Chacha Maembong sebagai Gadis Cantik
SINOPSIS DRAMA PRESIDEN KAMPUNG MORTEN
Mengisahkan tentang ragam Manisah dan Kiambang yang ingin merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib penduduk wanita di kampung mereka yang bernama Kampung Lemak Manis.Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.
Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado.
Berita yang tidak benar itu sebenarnya telah pun disebarkan Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis yang membawa kepada pelantikannya sebagai presiden Persatuan Wanita Kampung Morten yang baharu. Pelantikan Kiah sebagai presiden yang baharu juga telah menyebabkan Kiambang yang merupakan orang kanan kepada Kiah dilantik sebagai Naib Presiden yang baharu.
Perkara ini menyebabkan Manisah tidak berpuas hati dan ingin menuntut bela kejadian yang menimpa Che Embun dengan merampas kembali hak ibunya. Namun, perkara tersebut tidaklah mudah kerana Kiah yang telah menyandang jawatan tersebut selama dua tahun berturut-turut begitu bagus dalam menjalankan tugasnya.
Jadi, apakah strategi yang akan digunakan Manisah dan adakah dia berjaya untuk merampas takhta ibunya yang telah dirampas sebelum ini?
Saksikan drama Tonton Original Presiden Kampung Morten mulai 17 April 2023 di platform Tonton.

Post a Comment