Facebook Page Hilang Tanpa Tinggal Jejak

Beberapa hari lepas nak share entry dari blog ke facebook. Tiba-tiba macam pelik sebab bila nak share ke facebook page tu, facebook page tu tak ada. Eh, dah kenapa tiba-tiba facebook page tak ada. Terus cari di kotak search facebook.

Facebook page pun tak ada dalam carian di facebook. Dahlah hilang begitu sahaja, cari pun tak jumpa. Macam tak wujud dah. Aduhaiii...Entah macamana boleh hilang pun tak tahu. Pelik. Hilang page, hilang juga follower. Hilang jugalah traffik blog sebab biasanya akan ping entry di facebook page sendiri.

Dah cuba google cari penyelesaian. Sudahnya jumpa jalan mati. Mujur jugalah ada 2 page yang terbengkalai yang masih ada beberapa follower. Tukar nama dan details semua, kita mulakan dari bawah semula. 

facebook page hilang

Jika sudi, marilah tekan button like beramai-ramai meriahkan facebook page saya yang baru, Blog sihatimerahjambu II. Kena bertatih lah kita. Sayangnya facebook page lama tu dah bertahun tahun lamanya dan bisnes artwork, likes dan followers pun ramai dah. 

Update 28 Mei 2023
Facebook page kedua juga hilang, terpaksa gantikan facebook photographeeza kepada facebook page blog sihatimerahjambu 3. Kalau rajin marilah follow dan like.

Tak tahu dah cara nak dapatkan facebook page tu semula. Dah report pun macam sunyi sepi je. Takpe, kita move buat yang baru. Tapi kalau ada sesiapa pernah mengalaminya, ada penyelesaiannya bolehlah share di kotak komen ye.

6 comments:

  1. Eh....macam mana plak leh jadi cenggitu erk..akak plak dah x leh ping...setahun lebih dah...kena banned ngan FB sebab ada yang report sblom ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang heran tu kak. Tetiba je dia lenyap. Notification ke warning ke tak ada.

      Delete
  2. Tak pernah alami dan dengar kes begini. Pelik jugak nih.
    Wah..ada page fotografi 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik sangat. Tetiba je. Baru je create, selama ni kat ig je. Alang-alang ada page lama tak guna, better create sekali.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.