Telefilem Fatonah Azali Di TV9
Tonton Fatonah Azali, telefilem Cerekarama TV3 tahun 2017 ulang siaran pada hari Isnin, 3 April 2023 pukul 8:30 malam di TV9. Telefilem Fatonah Azali berkisahkan tentang cinta telah tercalon dalam kategori drama terbaik di Anugerah Skrin 2018.
Telefilem Fatonah Azali lakonan Nad Zainal sebagai seorang gadis terencat akal (autisme) bersama pelakon lain Redza Rosli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Shahronizam Noor, Kay Maria, Mustaqim Bahadon, Ferth Jasni, Shabeck, Zamri Mac Am dan ramai lagi.TELEFILEM FATONAH AZALI
Waktu siaran : Isnin, 3 April 2023 pukul 8:30 malamSiaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Marziah Ab Manaf
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production
PELAKON DAN WATAK
Nad Zainal, Redza Rosli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Shahronizam Noor, Kay Maria, Mustaqim Bahadon, Ferth Jasni, Shabeck, Zamri Mac Am dan ramai lagi.- Nad Zainal sebagai Fatonah
- Redza Rosli sebagai Azali
- Zaibo sebagai Pak Tam
- Raja Azura sebagai Limah
- Sharifah Sakinah sebagai Sarina
- Kay Maria sebagai Rokiah
- Mustaqim Bahadon sebagai Jali
- Shahronizam Noor sebagai Dato’ Hussein
SINOPSIS FATONAH AZALI
Azali pulang ke kampung halamannya, setelah 7 tahun meninggalkan tempat itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal (autisme) bernama Fatonah yang jauh lebih muda darinya.Pak Tam menikahi Fatonah atas rasa hutang budi kepada ayah Fatonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.
Bagaimanakah kehidupan Fatonah selepas itu? Saksikan kisah Fatonah Azali di TV9 pukul 8:30 malam ini.
Bagaimanakah kehidupan Fatonah selepas itu? Saksikan kisah Fatonah Azali di TV9 pukul 8:30 malam ini.
Akak tertengok cerita ni semalam. Nape la dia buat ending dia, Fatonah mati. Kalau hidup kan, happy sikit. :)
ReplyDeleteItulah tu, sedih ending dia. Even tengok ulangan tetap best telefilem ni.
Delete