Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia Pada 20 April 2023 Dan Gerhana Matahari Hibrid
Fenomena Gerhana Matahari Separa di Malaysia dijangka akan berlaku pada hari Khamis 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadhan 1444H bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia di beberapa kawasan.
Rujuk jadual waktu melihat gerhana matahari di seluruh Malaysia
Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
3. Aplikasi
Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.
Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.
Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat. Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat).
Bila waktu berlaku Gerhana Matahari Di Malaysia
Gerhana Matahari Separa di Malaysia dijangka berlaku bermula pada pukul 11:05 pagi dan berakhir padapukul 12:47 tengahari (tempoh masa selama 01 jam 42 minit). Kemuncak gerhana dijangka berlaku pada pukul 11:55 pagi.
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Dalam keadaan ini, Bulan akan berada di antara Bumi dan Matahari dalam kedudukan segarisan yang mana Bulan akan menutupi cahaya matahari sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Untuk Gerhana Matahari pada kali ini, Bulan akan menutup 8.4% daripada keluasan saiz jasad Matahari.
Di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau.
Waktu melihat fenomena Gerhana Matahari Separa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa bermula 11:00 pagi hingga selewat-lewatnya 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.Di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau.
Rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.
Cara melihat Gerhana Matahari Separa
MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.MOSTI turut menasihatkan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa untuk tidak berada terlalu lama di bawah sinaran matahari yang boleh menyebabkan nyahhidrat atau kehilangan terlalu banyak air daripada badan.
1. Cermin mata gerhana (eclipse glasses)
Menurut MOSTI, Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.
2. Teleskop
Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat, selain mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan.
2. Teleskop
Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat, selain mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan.
3. Aplikasi
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku. Anda boleh juga menyemak waktu dan laluan Gerhana Matahari tersebut dengan merujuk kepada peta gerhana interaktif oleh Xavier Jubier.
4. Penstriman lansung di media sosial
4. Penstriman lansung di media sosial
Selain itu, penstriman langsung di laman Facebook dan Youtube Planetarium Negara turut disediakan, dengan imej yang bakal dikongsikan adalah fenomena gerhana di Malaysia atau imej yang diambil daripada lokasi lain di seluruh dunia yang turut mengalami gerhana matahari hibrid atau separa.
Kenampakan fenomena gerhana matahari separa juga amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di sesuatu lokasi ketika kejadian gerhana sedang berlaku.
Sekiranya sesuatu lokasi mengalami litupan awan tebal atau mendung atau mungkin juga hujan, maka fenomena gerhana matahari separa tidak dapat disaksikan dari lokasi tersebut.
Kenampakan fenomena gerhana matahari separa juga amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di sesuatu lokasi ketika kejadian gerhana sedang berlaku.
Sekiranya sesuatu lokasi mengalami litupan awan tebal atau mendung atau mungkin juga hujan, maka fenomena gerhana matahari separa tidak dapat disaksikan dari lokasi tersebut.
Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Apakah Gerhana Matahari Hibrid
Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.
Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).
Bila waktu berlaku Gerhana Matahari Hibrid
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan. Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.
Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat. Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat).
Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
- Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
- Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
- Antumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.
- Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
- Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
- Litupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum
Sehubungan itu, masyarakat Islam digalakkan mengambil peluang ini dengan melakukan Solat Sunat Gerhana sama ada secara bersendirian atau secara berjamaah.
sumber info dan images : muftiselangor, mysa
Post a Comment