Menu Berbuka 14 Ramadan : Ikan Kerisi Goreng, Timun Dan Sambal Geprek

Menu berbuka 14 Ramadan, ulang menu berbuka 3 Ramadan je. Ikan kerisi goreng garing dengan garam dan serbuk kunyit. Pernah cuba campurkan pes asam jawa tapi macam tak sesuai sebab macam kurang garing, cepat gelap dan kurang sedap. Mungkin pes asam jawa tak sesuai dengan ikan kerisi kot.

Ikan kerisi ni lebih sedap hanya gorengkan bersama garam dan serbuk kunyit sahaja. Garing bersama tulang dan sisa sisiknya yang masih melekat. 

Ikan Kerisi Goreng Timun Dan Sambal Geprek

Haritu ikan goreng kawankan dengan ulam butterhead lettuce. Hari ni bersama ulam timun jepun jelah, stok terakhir. Lepas ni kena habiskan stok sayur tumis menumis pula sebab stok sayur ulaman dah habis. Kita habiskan sayur yang ada, elakkan pembaziran.

Ikan kerisi dan timun jepun terakhir. Sambal pun dah bekas kedua hampir habis. Hujung minggu barulah kita beli stok barang dapur. Teringin pula makan ketam masak lemak cili api. Tiberrr... 

Ini semua Khairul Aming punya hal lah ni. Kecur tengok masakan ketam masak lemak cili api tabur daun kunyit tu haa..Lagi satu teringin masak ayam masak bali tapi daun kari pula tak ada. 

Next menu lah kita masak tapi masak cara sendiri sebab menu dua ni bukan menu baru. Tapi ayam masak sambal bali tu memang sedap dah beberapa kali masak sebelum ni. Sesekali kita masak menu istimewa sikit.


8 comments:

  1. Sedapnya ikan kerisi goreng garing. Tiba-tiba rasa teringin pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kerisi goreng garing memang sedap kan kak Amie. Nanti² boleh masuk menu kat rumah kak Amie pulak. Hihi...

      Delete
  2. sama la menu semalam..ikan kerisi goreng

    ReplyDelete
  3. ikan kerisi , dulu kg kg kita sebut ikan merah
    sedapp buat sambal, goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada nama lain jugak ye. Selain sambal, goreng berlado pun sodap.

      Delete
  4. perghhh sambal tu je dah bole naikkan selera makan tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Wajib ada, kalau tak kurang selera makan. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.