Macam biasa hari terakhir Ramadan dah tentulah meriah dengan juadah raya. Senang sekali masak untuk menu berbuka hari terakhir berpuasa merangkap menu raya esoknya. Mak masak rendang daging dan rendang ayam. Saya masak tumis kangkung dan nasi goreng.
Ada hikmahnya juga raya tak kalut. Tak kalut nak sediakan persiapan raya. Boleh lenggang kangkung lagi lengah lengah berleha-leha siapkan semua. Rilek dan tenang gitu konsepnya.
Masa mak masak rendang ayam, ada juga bertanya "Mak tak campur daun puding ke?" Tak, takut ada orang tak suka makan. Ohh patutlah lately jarang mak campurkan daun puding. Biasanya mak letak daun puding. Ada daun puding atau tak, rendang ayam omak den totap nombor syatu!
Masak rendang ayam 2 ekor je sebab kami berempat je pun dan rasa cukuplah untuk tetamu yang datang beraya hari pertama. Rezekilah siapa yang datang awal. Raya kedua ketiga tak ada dah. Lepas tu semua orang dah balik bandar.
Sebelum berbuka sempat juga pacak pelita. Raya tak meriah kalau tak ada pelita raya kan. Terpaksa buat sumbu sendiri sebab yang lama dah hilang. Sudahnya ada yang menyala ada yang tak. Api menyala pun merebak tak cantik macam guna sumbu. Tapi tak pe, yang penting suasana raya tu ada.
Malam raya meriah dengan percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa tahun ni. Almaklumlah dah dibenarkan jual bunga api dan mercun. Mana tak meriahnya berdentam dentum lawan melawan sana sini. Yang tak ada ni, kita tahan telinga je lah ye.
Setahun sekali tak mengapa tapi kena berpada-pada juga lah kan.
Sodap dua² rendang tu..
ReplyDeleteRendang jarang tak sodap. Hihi...
DeleteLama tak nampak suasana malam diterangi cahaya pelita. Malam raya di kampung suami pun tak ada orang pasang pelita. Yang ada cuma lampu kelap-kelip sahaja.
ReplyDeleteTakpe, tahun depan bolehlah beli pelita dan raikan suasana raya dulu dulu.
Delete