Menu Berbuka 13 Ramadan : Sambal Tempe Ikan Bilis Kentang
Menu berbuka 13 Ramadan, kita berbuka masakan sambal lagi. Kalau semalam masak sambal sardin ulam timun, hari ni masak sambal tempe ikan bilis kentang. Lupa pula ada tempe dalam kulkas. Mujur masih elok lagi.
Nampak tempe terus terbayang sambal tempe ikan bilis kentang. Nak buat tempe goreng cicah sambal kicap memang taklah. Menu tu sesuai untuk minum petang je. Jadi kita buat sambal je lah macam biasa.
Agak gelap sikit warna sambalnya sebab terletak kicap lebih. Patut letak sikit je buat raso-raso. Bulan puasa ni biasalah kalau terkurang terlebih tu kan. Cukuplah menu ni je untuk berbuka puasa berdua. Siap boleh ratah lagi sebab guna 2 biji kentang, 2 pek tempe. Jadi banyaklah lauknya.
Tempe ni masak apa pun sedap. Goreng saja ke, buat sambal jawa campur suhun dan kacang panjang tu sedapnya. Tak payah lauk lain dah. Kann...
Tempe ni masak apa pun sedap. Goreng saja ke, buat sambal jawa campur suhun dan kacang panjang tu sedapnya. Tak payah lauk lain dah. Kann...
baca sambal jawa terus terbayang... masuk list menu rayalah gini
ReplyDeleteSedapnya lah kalau dapat sambal jawa. Makan ratah gitu pun sedap. Okay jugak tu masuk dalam list menu raya.
DeleteUish.. Sedap ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah..menyelerakan.
DeleteBukan setakat tempe, ada kentangnya juga. Memang sedap sangat ni Fizah.
ReplyDeleteSelagi ada yang boleh masuk, kita masukkan sekali gitu. hihi..Sedap! meratah lauk je lah kalau macam ni.
Delete