Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda Di TV9

Tonton Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda bersiaran pada hari Jumaat, 14 April 2023 pukul 8:30 malam. Sinar Ramadan Untuk Amanda dibintangi pelakon Awal Ashaari, Nina Iskandar, Khatijah Tan, Naura Arissa,  Faezah Elai, Rahim Jailani dan ramai lagi.

Sinar Ramadan Untuk Amanda, sebuah kisah kekeluargaan dengan memaparkan kehidupan kanak-kanak istimewa Sindrom Down (SD) yang tidak diterima keluarga. Segelintir sikap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran anak SD dalam keluarga yang juga darah daging sendiri. Cerita Sinar Ramadan Untuk Amanda lebih kepada mendidik masyarakat bagaimana untuk menerima anak istimewa Sindrom Down (SD) ini.

TELEFILEM SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA

Waktu siaran : Jumaat, 14 April 2023 pukul 8:30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Nik Noor Nabilah
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda TV9

PELAKON DAN WATAK

Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani, Shazreen Zakri, Ariana Mikayla dan Lukman Hakim.
  • Awal Ashaari sebagai Idham
  • Nina Iskandar sebagai Sofea
  • Ariana Mikayla sebagai Amanda (4 bulan)
  • Naura Arissa sebagai Amanda (4 tahun)
  • Khatijah Tan sebagai Datin Suraya (Ibu Idham)

SINOPSIS SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA

Kisah tentang Sofea dan Idham yang berkahwin hampir tiga tahun, tetapi belum mempunyai anak. Ibu Idham, Datin Suraya mula membenci Sofea. Tiba-tiba rezeki datang apabila Sofea disahkan hamil. 

Datin Suraya mula menerima kembali Sofea. Sofea disahkan hamil anak kembar. Perkara ini menggembirakan lagi Datin Suraya. Ketika kandungan Sofea lapan bulan, Idham terpaksa ke luar negara selama dua minggu kerana urusan kerja. Tanpa diduga, ketika itu juga Sofea bersalin. 

Malang menimpa apabila seorang bayinya meninggal. Seorang lagi selamat tetapi disahkan mempunyai penyakit 'sindrom down'. Datin Suraya tidak dapat menerima kehadiran cucunya yang diberi nama, Amanda. Sofea telah dihalau ibu mertuanya dimana ketika itu suaminya, Idham terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan hilang ingatan. 

Sofea telah membesarkan Amanda seorang diri dengan pelbagai dugaan menimpa apabila suaminya telah berkahwin lain kerana Idham tidak mengingati bahawa dirinya pernah berkahwin.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.