Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku Di TV9

Tonton Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku, telemovie Cerekarama TV3 ulang siar bersiaran pada hari Jumaat, 28 April 2023 pukul 8:30 malam di TV9. Telefilem Masihkan Ada Raya Buatku lakonan Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra dan ramai lagi.

TELEFILEM MASIHKAH ADA RAYA BUATKU

Waktu siaran : Jumaat, 28 April 2023, pukul 8:30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton
Penulis skrip : Hafiz Yusuf & Baizura Kahar
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi : Kl Motion Picture Sdn. Bhd.

Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku Di TV9

PELAKON DAN WATAK

Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.
  • Datuk Fizz Fairuz sebagai Zul
  • Nad Zainal sebagai Azura
  • Qaseh Shuhada sebagai Zara
  • Hadi Putra sebagai Zabil

SINOPSIS TELEFILEM MASIHKAH ADA RAYA BUATKU

Mengisahkan tentang Zul yang tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Azura mengidap strok dan lumpuh separuh badan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya Zara & Zabil di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya.

Sesekali Linda teringin untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana risau menjejaskan kesihatan Linda. Sehinggakan Zul adakalanya mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak.

Namun, anak-anaknya yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka. Anaknya Zara & Zabil dah 5 tahun tak beraya sebab ayah mereka Zul tidak mampu.

Zabil mengambil keputusan untuk bekerja dengan Pak Tam pada bulan puasa sebab nak gembirakan adiknya Zara tanpa pengetahuan ayahnya. Apabila sampai masa nak beli baju raya, duit simpanan Zabil tak cukup. Pak Tam belanja Zabil beli baju raya utk keluarganya.

Apabila Zul mendapat tahu Zabil beli baju raya, dia mengoyakkan baju raya tersebut. Zara & Zabil menangis. Selepas kejadian itu, Azura menyedarkan Zul tentang perangainya selama ini jika hari raya nak tiba. Zul mula sedar dan insaf. Raya raya tahun ini, mereka sekeluarga sambut hari raya dengan gembira seperti orang lain.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.