Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Tonton Telefilem Telah Aku Halalkan, sebuah telemovie khas Ramadan lakonan Ainina Ahmad B, Puteri Balqis, Wan Sharmila dan Jay Iswazir bersiaran pada hari Isnin, 17 April 2023 pukul 9:00 malam di TV2. 

Telefilem Telah Aku Halalkan, kisah rasa dan perasaan seorang ibu yang begitu kecewa dengan anak-anaknya serta mengupas isu-isu kehidupan masa kini mengenai seorang ibu yang dipinggirkan anak-anak setelah dewasa.


TELEFILEM TELAH AKU HALALKAN

Waktu Siaran : Isnin, 17 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Idea asal : Liza Khairudin
Penulis skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Hazali Ramli
Produksi : Infusion Sdn. Bhd.

Telefilem Telah Aku Halalkan Full Movie TV2 Online

PELAKON DAN WATAK

Ainina Ahmad B, Puteri Balqis, Wan Sharmila, Jay Iswazir, Ewan Fauzi, Aman Aziz, Umar Shakur, Airys, Feeya, Haikal, Aril dan ramai lagi.
  • Ainina Ahmad B sebagai Mak Munah
  • Puteri Balqis sebagai Mariam
  • Wan Sharmila sebagai Maziah
  • Jay Iswazir sebagai Kadir
  • Ewan Fauzi sebagai Kamal
  • Aman Aziz sebagai Daniel
  • Umar Shakur sebagai Ali
  • Airys sebagai Maziah kecil
  • Feeya sebagai Mariam kecil
  • Haikal sebagai Kadir kecil
  • Aril sebagai Kamal kecil

SINOPSIS TELAH AKU HALALKAN

Ikuti kisah Mak Munah, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak. Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya. Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. 

Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang? Ikuti kesudahan kisah Telah Aku Halalkan di TV2.

Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.