Tonton Kerasnya Takdir, Drama Slot Akasia Terbaharu Di TV3

Kerasnya Takdir, drama slot Akasia terbaharu di TV3 lakonan Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Azlee Khairi, Rita Rudaini,Mia Nasir dan ramai lagi. Drama Kerasnya Takdir episod 1 mula bersiaran pada 22 April 2023 di slot Akasia TV3 pukul 7:00 malam setiap hari.

Drama Kerasnya Takdir 28 episod merupakan adaptasi novel karya Haitun Kamarazaman arahan diarahkan Emi Suffian, terbitan Creative Skill Solution.

DRAMA KERASNYA TAKDIR

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 22 April 2023
Waktu siaran : Setiap hari, pukul 7:00 malam
Siaran TV/ Platform pentsriman : Slot Akasia TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

drama kerasnya takdir slot akasia tv3 online

PELAKON DAN WATAK

Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Halim Radzi, Mia Nasir, Azlee Khairi, Rita Rudaini, Husna Mustaffa, Zarynn Min
  • Amyra Rosli sebagai Jeha
  • Redza Rosli sebagai Syed Munir
  • Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
  • Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia

SINOPSIS DRAMA KERASNYA TAKDIR

Mengisahkan tenatang Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.

Takdir Tuhan, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.

Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.

Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.