11 Cara Dan Tips Sejukkan Udara Dalam Rumah Secara Semulajadi Dengan Mudah Tanpa Keluar Modal

Musim panas sekarang tak boleh nak dibawa berunding. Pasanglah kipas banyak mana pun, kalau dah bahang tu tetap bahang. Betul-betul duduk menghadap kipas pun terasa bahangnya. Ibarat macam ditiup angin panas dan macam sauna pun ada.

Di platform TikTok tu bermacam-macam cara kreatif orang buat untuk sejukkan udara dalam rumah tanpa aircond. Antaranya letak sprinkles air atas atap, letak air batu depan kipas, letak air batu dalam bekas kabus lah dan macam-macam lagi. 

baca juga : tips mudah sejukkan rumah ketika musim panas

Selain itu, boleh cuba cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Sebelum tu, antara yang kita perlu tahu ialah :
  • Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam
  • Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah
  • Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekakan rendah
  • Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

1. Halakan kipas ke ketulan ais batu dan membasuh pakai pada waktu malam

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Bila menghalakan kipas angin ke ketulan ais batu, akan menghasilkan angin yang sejuk. Cara yang berkesan tapi perlu menyediakan ketulan ais batu yang secukupnya pada waktu yang diperlukan. 

Konsep membasuh pakaian pada waktu malam mungkin hanya terpakai untuk mereka yang membasuh baju dan menyidai pakaian dalam rumah. Mungkin pakaian basah akan menyejukkan udara dan dalam pada masa yang sama cepat kering sebab haba panas. Adakah begitu konsepnya?

2. Buka dua tingkap di depan dan belakang pada waktu malam 

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Di tingkap belakang, halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas ke luar rumah. Ini mewujudkan negative pressure dalam rumah, angin sejuk akan masuk melalui tingkat depan rumah. 

Saya pernah cuba cara ni dalam bilik di kampung, memang berkesan. Kurang lah sikit rasa bahang panas tu. 

3. Gunakan langsir blackout

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Gunakan langsir blackout untuk menyekat cahaya matahari yang panas terik masuk ke dalam rumah.

4. Gerakkan kipas arah lawan jam

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Sesetengah kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise) angin akan di tiup dari atas ke bawah memberi kesan penyejukan. 

5. Bersihkan kipas dan penapis air cond

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Rajinkan diri untuk membersihkan habuk pada bilah kipas dan juga penapis air cond yang berhabuk tebal. Kipas yang tebal habuk memang berputar lebih perlahan dan air cond kurang sejuk.

6. Kurangkan perabot dan kemas rumah

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

dengan mengurangkan perabut dan kemas rumah dapat memberikan ruang yang lebih luas tanpa habuk, secara automatiknya ruang rumah lebih berangin.

7. Gunakan kampu LED

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Gunakan lampu LED dan tutup lampu yang tidak perlu. Lampu LED mengeluarkan haba yang kurang berbanding lampu lama. Lampu LED juga jauh lebih terang dan menjimatkan penggunaan elektrik.

8. Tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Tutup segala peralatan elektrik yang tidak digunakan. Ini kerana alatan elektrik mengeluarkan haba. Lagi kurang penggunaan barang elektrik, maka kuranglah haba yang dikeluarkan. Jadi, kuranglah panas sikit.

9. Masak masakan yang ringkas

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi

Masak masakan yang ringkas dan mudah. Kurangkan memanggang, membakar kerana banyak haba dibebaskan. Kalau boleh musim panas ni taknak berlamaan di dapur sebab haba panas tu. Bagus juga ni masak menu ringkas mudah dan cepat.

10. Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22-25 sahaja

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22-25 sahaja tanpa perlu tetapkan suhu 16 terlebih dahulu. Cukup suhu 20-25. Jangan dera aircond anda dengan memaksa ia bekerja sehingga ruang menjadi 16 darjah Celsius. Aircond akan cepat rosak dan bil elektrik akan melambung tinggi.

11. Jirus air di permukaan lantai luar pada lewat waktu petang.

Cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi
Paling mudah, jirus air di permukaan lantai luar rumah pada lewat petang sebab petang tu kemuncak waktu panas. Jadi malam tu akan rasa sejuk sikit. Boleh juga guna kaedah yang sama, jirus air atas atap atau dinding luar rumah.

Boleh cuba mana-mana cara sejukkan udara dalam rumah secara semulajadi seperti di atas. Mana yang mudah dan tak makan modal banyak, bolehlah cuba. Dapat kurangkan sejuk pun jadilah kan. 

Musim panas ni kadang on air cond pun boleh berpeluh dan kadang tak berselimut pun. Kuat betul cuaca panas sekarang kan.

sumber info dan images : Public Health Malaysia

14 comments:

  1. tiap petang cuci lantai porch nak bagi sejuk. anak anak pun nak main air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah dorang main air tiap tiap petang. Hihi...

      Delete
  2. As letak sebaldi air kat sudut rumah, tip yang viral tu. Alhamdulillah, ada kesannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara macam ni pernah cuba juga. Berkesan jugalah kurangkan rasa bahang tu kan.

      Delete
  3. Saya buka terus aircond di rumah.. Cukup bulan bayar je le.. Hihi

    ReplyDelete
  4. halakan kipas keluar rumah/bilik tu selalu kaella buat hehe bolehlah kurangkan sejuk sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang kurangkan bahang dalam satu ruang tu. Pernah cuba masa kat kampung haritu.

      Delete
  5. Yang utama, kita kena sentiasa minum air kosong agar badan tak lesu di waktu panas sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni paling penting. Kena banyak minum air musim panas ni dan elak aktiviti luar.

      Delete
  6. Terima kasih share. Salam Aidil Fitri

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.