Fenomena Istiwa Adzam, Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat
Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat semasa fenomena Istiwa Adzam dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Peristiwa Istiwa Adzam membolehkan umat Islam melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih tepat.
Keadaan ini membolehkan kita membuat semakan arah kiblat yang tepat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketetapan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketetapan arah kiblat yang tepat.
Istiwa Adzam (Matahari tegak di atas Kaabah)
Istiwa' utama matahari atau istiwa' adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari transit (Istiwa) akan berada di titik Zenith ketika istiwa'. Fenomena Istiwa Adzam berlaku 2 kali setahun.Semasa fenomena Istiwa Adzam terjadi, semua bayang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.
Keadaan ini membolehkan kita membuat semakan arah kiblat yang tepat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketetapan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketetapan arah kiblat yang tepat.
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Kaabah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan.—Al-Baqarah 2:149
Tarikh dan masa Istiwa Adzam di Malaysia
Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi tahun 2023 peristiwa Istiwa Adzam ini akan berlaku pada 2 tarikh dan masa iaitu :
nota
Jika tahun lompat, fenomena Istiwa Adzam akan jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.
nota
Garisan daripada bayang matahari tersebut akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan ianya merupakan arah kiblat yang tepat. Atau boleh gunakan panduan seperti di bawah
Untuk maklumat lanjut mengenai Istiwa Adzam bagi semakan arah kiblat, layari facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- 28 Mei 2023, jam 5:18 petang
- 16 Julai 2023, jam 5:26 petang
nota
Jika tahun lompat, fenomena Istiwa Adzam akan jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.
Cara semak arah kiblat semasa Istiwa Adzam
Untuk semakan yang tepat seharusnya semasa berlakunya Istiwa’ A’dzam (kedudukan matahari tepat di atas Kaabah). Pada 28 Mei 2023 (jam 5.16 petang) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Berikut adalah merupakan cara semakan arah kiblat iaitu :- Sediakan bahan yang diperlukan seperti kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak atau yang boleh berdiri tegak), masking tape, pen marker.
- Pastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia (semak jam waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).
- Pacakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang). Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat
- Pastikan hari tidak mendung/hujan.
- Pada tepat jam 5.16 petang, tandakan garis bayang yang terhasil. Gunakan pen marker atau lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 untuk tulis/tandakan arah kiblat
- Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
- Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
nota
Garisan daripada bayang matahari tersebut akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan ianya merupakan arah kiblat yang tepat. Atau boleh gunakan panduan seperti di bawah
Panduan membuat semakan arah kiblat semasa Istiwa Adzam
sumber : spa bekam ar rayyan. Waktu terkini 5.18 (28 Mei) dan 5.26 (16 Julai) |
- Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari.
- Penyamakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM.
- (Contoh : waktu di tv / dail 1051)
Post a Comment