Hari Wesak/ Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti
Sambutan Hari Wesak atau Vesak Day 2023 di Malaysia jatuh pada hari Khamis 4 Mei 2023. Hari Wesak merupakan cuti umum 2023 bagi semua negeri di Malaysia. Memandangkan cuti Hari Wesak 2023 jatuh pada Khamis dan kebetulan di bulan Syawal, dapatlah cuti sambung beraya juga. Dahlah 1 Mei Hari Pekerja juga cuti umum.
Lazimnya Di Malaysia, penganut Buddha akan pergi ke kuil dan beratur untuk membasuh patung Buddha. Ritual ini dipercayai akan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka. Kemudian mereka akan menyalakan lilin berbentuk bunga teratai dan berdoa. Selepas berdoa, mereka akan makan makanan vegetarian.
Selepas makan, sambutan diakhiri dengan perarakan selama beberapa jam. Semasa perarakan, mereka akan membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.
Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5.
Selamat Hari Wesak 2023 dan Selamat bercuti.
Di Malaysia, Hari Wesak telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961. Perayaan Hari Wesak biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei.
Hari Wesak
Hari Wesak atau Vesak Day merupakan hari perayaan di dalam agama Buddha. Tidak kira dari mana alirannya samada Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan perayaan hari Wesak. Perayaan ini salah satu perayaan penting bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal, sekitar 563-483 SM.Siddharta Gautama Buddha merupakan tokoh penting di dalam agama Buddha. Selain Siddharta Gautama Buddha, mereka juga mengimani adanya Buddha-Buddha lain. Akan tetapi, hari wesak ini hanya khusus memperingati Siddharta Gautama sahaja.
Perayaan ini secara tidak formalnya dikenali sebagai “hari kelahiran Buddha”. Untuk pengetahuan semua, Perayaan Hari Wesak mungkin disambut berbeza-beza di setiap negara di dunia. Di Malaysia, lazimnya penganut beragama Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.
Lazimnya Di Malaysia, penganut Buddha akan pergi ke kuil dan beratur untuk membasuh patung Buddha. Ritual ini dipercayai akan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka. Kemudian mereka akan menyalakan lilin berbentuk bunga teratai dan berdoa. Selepas berdoa, mereka akan makan makanan vegetarian.
Selepas makan, sambutan diakhiri dengan perarakan selama beberapa jam. Semasa perarakan, mereka akan membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.
Sejarah Hari Wesak
Perkataan Wesak adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha. Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha. Vaisakha adalah nama bulan di dalam kalender Hindu yang mengisyaratkan masuknya bulan kelima.Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5.
Fakta sambutan Hari Wesak
- Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana).
- Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat Kelantan
- Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok.
- Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.
credit : sumber
Selamat bercuti
ReplyDeleteSelamat bercuti.
DeleteGud info !! Selamat bercuti
ReplyDeleteSelamat bercuti juga.
Delete