LIMA 2023 (LIMA '23) : Tarikh, Jadual Pameran, Senarai Peserta Dan Pembelian Tiket

Acara LIMA 2023, LIMA '23 (Langkawi International Maritime and Aerospace) atau Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 kembali semula setelah 4 tahun tertangguh dan kali terakhir ia diadakan pada 2019.

LIMA merupakan acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik yang melibatkan ratusan organisasi serta syarikat daripada dalam dan luar negara.. LIMA '23 yang berlansung pada tahun ini akan dianjurkan mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023 di Langkawi, Malaysia.

Penganjuran LIMA '23 membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa).

Tarikh (Date) LIMA 2023 (LIMA '23)

Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2023
23 Mei 2023, Satu letupan besar mengegarkan Gambit pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi. 

Majlis pembukaan dirasmikan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. 

Gema deruman lebih 70 pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melintasi langit biru Langkawi hari ini menjadi simbolik penyempurnaan pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Siaran Langsung Majlis Gracing Ceremony dan Opening Gambit melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 

Waktu siaran : Selasa, 23 Mei 2023, pukul 9.15 pagi – 10 pagi


LIMA 2023 (LIMA ’23)

LIMA ’23 bermula pada 23 Mei 2023 sehingga 27 Mei 2023. Berbanding dahulu (2019), LIMA 2023 kali ini lebih banyak penyertaan iaitu sebanyak 525 pempamer semuanya, selain penyertaan lima pasukan aerobatik terkemuka menjadikannya terbesar dalam sejarah  menurut Menteri Pertahanan, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Pameran LIMA '23 disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara. LIMA ’23 ini juga bakal menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bagi sektor pertahanan dan komersial.

Tema LIMA 2023 (LIMA '23)

Edisi LIMA 2023 membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

tema LIMA 2023 Langkawi

Penyertaan LIMA 2023

LIMA’23 dijangka disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.

Senarai penyertaan LIMA 2023

Berikut senarai antara nama-nama besar organisasi atau syarikat yang menyertai pameran LIMA 2023.
  1. BHIC
  2. Deftech
  3. Gading Group
  4. Global Turbine Asia
  5. NADI
  6. Radimax
  7. Sapura
  8. Airbus (UK)
  9. MBDA (Perancis)
  10. Kongsberg (Norway)
  11. Pasukan Tentera Laut (Perancis)
  12. Korea Aerospace Industries (KAI)
  13. Pasukan Pertahanan Australia
  14. Aselsan
  15. Roketsan
  16. Havelsan (Turki)
Bagi jemputan pula, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.

Senarai acara Jadual LIMA 2023 (LIMA 2023 schedule)

Pertunjukan Udara/ Airshow Demonstration Time
Selain tayangan 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim serta aset ketenteraan dan komersial, acara utama LIMA yang dinantikan penonton adalah demonstrasi serta pertunjukan udara atau Airshow.

Selain pertunjukan daripada TUDM dan MOT, persembahan akan melibatkan pasukan udara daripada negara luar seperti Indonesia, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.

Airshow
Tarikh : 26 dan 27 Mei 2023
Waktu pertunjukan : 10.00 pagi – 12.00 tengahari | 02.30 petang – 06.30 petang
Lokasi : Mahsuri Exhibition Centre (MIEC)

Maritime Demonstration Time
Selain pertunjukan udara, pertunjukan Maritam merupakan tarikan terbesar dalam acara LIMA 2023
Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2023 (untuk orang awam terbuka pada 26 dan 27 Mei sahaja)
Waktu pertunjukan : 10.00 pagi – 12.00 tengahari | 02.30 petang – 06.30 petang
Lokasi : Resorts World Langkawi

Selain itu, 9 acara menarik dalam LIMA 2023
  1. e-Sports
  2. Air Chief Conference
  3. Langkawi Maritime Conference
  4. SpaceTech
  5. Chief Of Navy Roundtable Talk
  6. Leaders by CAAM
  7. Naval Engineering Conference
  8. Cyber Security Form
  9. International Maritime Conference
Untuk jadual pameran dan demonstrasi penuh sepanjang acara LIMA 2023, rujuk : https://limamalaysia.com.my/event/event-schedule

Pembelian dan harga Tiket LIMA 2023

Untuk mendaftar dan membeli tiket sebagai pengunjung, layari pautan rasmi https://www.limamalaysia.com.my 

Harga tiket untuk masuk ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi LIMA 2023

harga tiket LIMA 2023

Pas 1 Hari : RM30/seorang (online) | RM35/seorang (offline)
Pas 2 Hari : RM550/seorang (online)


* Setiap pembelian tiket akan mendapat  beg cenderahati rasmi LIMA 2023

Bagi kanak-kanak berumur 16 tahun dan kebawah, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, Orang Kurang Upaya (OKU), masuk percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di https://limamalaysia.com.my/ atau ikuti laman Facebook Rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA

sumber info & images : limamalaysia.com.my, kementerian pertahanan Malaysia

6 comments:

  1. Yang ada peluang dan kesempatan bolehlah pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Yang ada peluang tu bolehlah pergi tengok in real kan. Kita yang jauh tengok mana yang ada dalam media sosial je lah.

      Delete
  2. Kalau ada kesempatan perlu pergi kerana pameran begitu sangat mengujakan kepada pihak yang berminat dengan teknologi angkasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..tengok di media sosial pun rasa teruja apatah lagi tengok depan mata live

      Delete
  3. alhamdulillah sy dah merasa tgk.LIMA ni harap ada rezeki lg utk ke sini in the future..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bestnya. At least dapat tengok sekali pun jadilah kan Anies.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.