Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023
Tarikh 29 Mei ditetapkan sebagai Hari Wartawan Nasional atau HAWANA yang diperkenalkan pada tahun 2018 buat pertama kalinya. Sehingga kini, Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) disambut setiap tahun.
HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Nasional'. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.
Hawana tidak diadakan selama tiga tahun sejak 2019 hingga 2021 berikutan pandemik COVID-19.
Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.
Sambutan HAWANA antara lain boleh :
Kerajaan dan rakyat memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.
Sambutan HAWANA 2023 akan menampilkan pelbagai acara, termasuk ucaptama oleh Perdana Menteri, perbincangan panel mengenai etika media, dan bengkel kewartawanan digital. Selain itu, terdapat juga karnival dan beberapa acara di mana wartawan boleh berinteraksi dengan orang ramai dan belajar tentang teknologi media baharu.
3 kelopak juga simbolik kepada daun bunga kertas yang sinonim dengan Ipoh, yang terkenal sebagai Bandar Bunga Kertas (Bougainvillea).
Aktiviti
Untuk maklumat lanjut tentang program sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA) untuk pendaftaran bagi aktiviti atau acara yang dibuat, layari : https://www.hawana.my/
sumber info & images : hawana & Bernama
Hari Wartawan Nasional (HAWANA)
Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Tarikh bersejarah itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Nasional'. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.
Hawana tidak diadakan selama tiga tahun sejak 2019 hingga 2021 berikutan pandemik COVID-19.
Tujuan HAWANA
HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia.Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.
- Mendedahkan profesion pengamal media kepada umum.
- Menjadi platform pengamal media untuk berkongsi pendapat.
- Dijadikan acara tahunan / kalendar utama di Malaysia.
- Mempromosi serta memperkenalkan bandar-bandar utama Malaysia yang dipilih menjadi lokasi penganjuran HAWANA.
- Meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media Malaysia.
- Mempromosikan warisan, budaya dan keunikan negara.
- Mempromosi produk dan perkhidmatan kerajaan.
Kerajaan dan rakyat memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.
Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023
Pada tahun 2023 ini, sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) akan diadakan di Ipoh, Perak bermula dari 27 Mei sehingga 29 Mei 2023.
Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 merupakan acara penting bagi industri media Malaysia dimana ia adalah peluang untuk wartawan berkumpul dan meraikan profesion mereka. Ia juga peluang bagi orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang peranan media dalam masyarakat.
Sambutan HAWANA 2023 akan menampilkan pelbagai acara, termasuk ucaptama oleh Perdana Menteri, perbincangan panel mengenai etika media, dan bengkel kewartawanan digital. Selain itu, terdapat juga karnival dan beberapa acara di mana wartawan boleh berinteraksi dengan orang ramai dan belajar tentang teknologi media baharu.
Tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023
Tema HAWANA 2023 ialah “Media Berintegriti, Negara Sejahtera” Tema ini menggambarkan kepentingan integriti media dalam mewujudkan negara yang makmur.
Logo HAWANA 2023
Bagi sambutan 2023, logo sambutan hari wartawan nasional adalah berasaskan elemen labu sayong dan bunga kertas yang menjadi simbolik kepada Ipoh Perak yang menjadi lokasi sambutan bagi tahun ini.
- Labu Sayong
- 4 warna
- 3 kelopak
3 kelopak juga simbolik kepada daun bunga kertas yang sinonim dengan Ipoh, yang terkenal sebagai Bandar Bunga Kertas (Bougainvillea).
Acara / Aktiviti HAWANA 2023
Sepanjang sambutan hari wartawan nasional 2023, beberapa acara dan aktiviti yang dirancang pada hari tersebut di antaranya :- Majlis kemuncak
- Treasure hunt
- Tabung kasih @ HAWANA
- Pameran
- Forum Media
- Mini Karnival
- Boling
- Cenderamata
Mini Karnival HAWANA 2023
Tarikh : Sabtu & Ahad, 27 Mei-29 Mei 2023
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Concourse 2, Mydin Meru, Ipoh, Perak.
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Concourse 2, Mydin Meru, Ipoh, Perak.
Aktiviti
- Mewarna kanak-kanak
- Spin & win
- Face painting
- Cabutan bertuah
- Kuiz
- Pocket talk
- Crossover Perak FM
- Penampilan selebriti

Post a Comment