Selamat Hari Pekerja 2023

Isnin, 1 Mei 2023 merupakan Hari Pekerja/ Hari Buruh/ Labour day yang merupakan cuti umum seluruh negeri di Malaysia. Bukan hanya disambut di Malaysia, Hari Pekerja disambut oleh seluruh dunia.

Cuti Hari Pekerja termasuk dalam 5 hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar (Rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955).

baca juga : koleksi ucapan hari pekerja 2023

Hari Pekerja

Hari Pekerja disambut pada tarikh 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan sambutan tahunan peringkat antarabangsa. 1 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh lebih 80 buah negara di seluruh dunia.

Selain Hari Pekerja, hari cuti ini juga dipanggil sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi kesatuan pekerja. Semua pekerja akan diberikan cuti sempena memperingati dan meraikan perkara itu.

Tema sambutan Hari Pekerja 2023

Tema sambutan Hari Pekerja 2023 adalah :
Pekerja pemangkin wadah Malaysia Madani

 

Sambutan Hari Pekerja 1 Mei Di Malaysia

Sambutan Hari Pekerja 2023 di Malaysia akan disambut pada hari Isnin, 1 Mei 2023 di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pukul 11:00 pagi.

Selamat Hari Pekerja 2023
sumber : Kementerian Sumber Manusia

Sejarah Hari Pekerja

Mengikut sejarah, Hari Pekerja adalah sambutan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja, termasuk pengenalan kerja 8 jam sehari di kebanyakan negara pada tahun 1800.

Hari Pekerja Antarabangsa yang juga dikenali sebagai ‘May Day’ atau Hari Mei telah ditetapkan sebagai acara tahunan semasa persidangan Kongres Pekerja Antarabangsa di Paris, Perancis pada tahun 1891.

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Kanada memohon agar lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.

Ini mengakibatkan peristiwa mogok Haymarket di Chicago (Haymarket Massacre) yang membabitkan kematian 4 orang pekerja.

Sejak itu, ahli-ahli kesatuan sekerja di seluruh dunia telah diwajibkan untuk tidak bekerja pada 1 Mei dan digesa untuk menjalankan demonstrasi bagi penetapan waktu bekerja sehari dan memperjuangkan hak-hak tempat kerja yang selamat.

Sejarah Sambutan Hari Pekerja 1 Mei Di Malaysia

Di Malaysia, Hari Pekerja diiktiraf secara rasminya pada tahun 1973 setelah mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja pada 20 Mei 1972.

Pengumuman itu dianggap penting kerana ia bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang meluluskan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Mei.
Selamat Hari Pekerja 2023 dan selamat bercuti.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.