Senarai Hadiah Pilihan Untuk Hari Ibu

Ibu, mak, ummi, mama, mommy dan panggilan yang seangkatan dengannya adalah merupakan insan terpaling istimewa bagi setiap orang. Doa ibu yang mustajab sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak.

Sebagai anak, berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Segala pengorbanan ibu untuk anak-anak tak mungkin terbalas.

Dalam agama Islam, kita kena sentiasa berbuat baik pada ibu setiap hari. Bukan kena tunggu Hari Ibu baru nak menghargainya. Sambut Hari Ibu tak salah, ia sekadar tambahan dengan surprise dan sebagainya.

baca juga : hukum orang Islam sambut hari ibu | senarai ucapan selamat hari ibu 2023

Sempena Hari Ibu (Mother's day) 2023 pada hari Ahad 14 Mei 2023, sudah pasti ramai yang akan memberikan hadiah kepada insan yang bernama ibu. Jadi, bolehlah survey dulu hadiah apa yang terbaik sesuai dan bagus untuk ibu masing-masing. 

Sebaiknya, beli hadiah yang sesuai dengan keperluan dan minat seorang ibu. Selain memberikan hadiah, boleh juga tunjukkan rasa kasih dan sayang pada ibu dengan menghabiskan masa bersama, keluar jalan-jalan atau bercuti bersama.

Jika ada bajet lebih, boleh berikan hadiah mengikut kemampuan masing-masing. Selain Hari Ibu, hadiah-hadiah ini juga sesuai untuk diberikan semasa hari lahir ibu.

Senarai Hadiah Pilihan Untuk Hari Ibu

Senarai idea hadiah pilihan untuk Hari Ibu/ Mother's day gifts ideas

  • Smartphone

Perhiasan rumah
  • Bunga hiasan kegemaran
  • Sofa
  • Kerusi rehat

Jambangan
  • Bunga
  • Coklat
  • Kosmetik
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Alatan memasak

Barang perhiasan emas
  • Rantai
  • Cincin
  • Gelang
  • Loket

Peralatan elektrik
  • Pressure cooker
  • Kerusi urut
  • Mesin urut kaki
  • Penapis air
  • Air cooler

Kerohanian
  • Telekung
  • Sejadah tebal
  • Tasbih digital
  • Al-Quran tagged
  • Radio Al-Quran, zikir, ruqyah
  • Jam dinding dengan azan

Fesyen
  • Baju
  • Tudung
  • Hand bag
  • Kain pasang
  • Kain batik

Peralatan memasak
  • Set periuk
  • Set memasak
Apa lagi hadiah yang menarik seorang Ibu? Kongsikan dalam kotak komen. Paling penting jangan lupa hadiahkan doa dan Al Fatihah buat kedua ibu bapa.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.