Telefilem Batik Zakiah Di TV9

Tonton Telefilem Batik Zakiah, telemovie sempena Hari Ibu ulang siaran pada hari Isnin, 15 Mei 2023 pukul 9.00 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Batik Zakiah arahan Heykal Hanifah dibintangi pelakon Eyka Farhana, Amyza Aznan, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, Laila Nasir, Azar Azmi, Asry Azizan dan ramai lagi.

TELEFILEM BATIK ZAKIAH

Waktu siaran : Isnin, 15 Mei 2023, pukul 9.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Batik Zakiah Di TV9

PELAKON DAN WATAK

Eyka Farhana, Amyza Aznan, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, Laila Nasir, Azar Azmi, Asry Azizan dan ramai lagi.
  • Eyka Farhana sebagai Zakiah

SINOPSIS BATIK ZAKIAH

Alangkah peritnya rasa hati apabila suami yang dianggap sebagai pelindung dan pendamping dikala kesusahan nampaknya dibiar begitu sahaja. Hidup Zakiah penuh dengan dugaan yang membuatkan dirinya begitu merana. Mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan dan menjadi isteri kedua bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia dilayan dingin oleh madunya sendiri sehingga dibiar seperti orang gaji dirumah sendiri. Sehinggalah Zakiah melahirkan anaknya yang diberi Anum. Sebaik sahaja Anum dilahirkan, Zakiah telah diceraikan oleh suaminya dan Anum diambil ketika berumur 6 bulan. Kejadian yang menimpa dirinya itu sedikit sebanyak menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Dan hanya sehelai kain batik sahaja yang menjadi kenangan buat dirinya dan anaknya itu.

Sering bercakap sendirian, Zakiah akhirnya Zakiah diceraikan buat kali kedua. Sehinggalah Zakiah dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Nasib Zakiah seperti dibela apabila beliau berkenalan dengan seorang jururawat yang dikenali sebagai Liyana. Dengan bantuan Liyana, Zakiah cuba untuk menjejak anaknya Anum, namun malangnya nasib apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan itu malu mahu mengaku bahawa Zakiah itu adalah ibu kandungnya.

Kisah yang pastinya penuh pengajaran ini pastinya dapat menambahkan lagi keinsafan masyarakat terhadap pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan anak-anaknya.

Apakah kesudahan drama Batik Zakiah, Ikuti kisahnya pada hari Isnin, 15 Mei 2023 pukul 9.00 malam di Slot Skrin di 9 TV9.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.