Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV9

Tonton Telefilem Bila Tiba Saatnya, telemovie Cerekarama TV3 ulang siaran lakonan utama Nazim Othman dan Syazwan Zulkifly bersiaran pada hari Isnin, 8 Mei 2023, pukul 8:30 malam di TV9. 

TELEFILEM BILA TIBA MASANYA

Waktu siaran : Isnin, 8 Mei 2023, pukul 8:30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

telefilem bila tiba saatnya full movie

PELAKON DAN WATAK

Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Kodi Rashid, Rusdi Ramli, Zulkifli Ismail, Jay Iswazir, Kamal Ibrahim, Niena Baharun, Dian P. Ramlee, Faezah Elai, Aleza Shadan, Jeff hassan, Siti Ariffin dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Mohd Nazim
  • Syazwan Zulkifly sebagai Ruzman
  • Kodi Rashid sebagai Moin
  • Rusdi Ramli sebagai Aziz
  • Zulkifli Ismail sebagai Majid
  • Jay Iswazir sebagai Azmir
  • Kamal Ibrahim sebagai Hj Shukor Sakam
  • Niena Baharun sebagai Nadrah
  • Dian P. Ramlee sebagai Munah
  • Faezah Elai sebagai Suzana
  • Aleza Shadan sebagai Kalsom
  • Jeff hassan sebagai Badrul
  • Siti Ariffin sebagai Tijah

SINOPSIS TELEFILEM BILA TIBA SAATNYA

Kisah tentang dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama.

Ruzman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Dia pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. 

Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat.

Manakala Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital.

Arwah Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

2 comments:

  1. tengok jalan cerita agak berat drama ni... ok jugak untuk di layan kalau tak asik cinta je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pengajarannya cerita ni. Dua pengkahiran yang memberi teladan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.