TikTok Trend Filmography, Music Dan Color Palette Style Wes Anderson Vibes. Ketahui Ciri-Ciri gaya Wes Anderson.

Bukan hanya TikTok trend dengan gaya Wes Anderson, instagram pun dah berjangkit Wes Anderson vibes. Merata lah video dengan trend Wes Anderson. Ramai yang follow dan terinspirasi dengan gaya Wes Anderson. 

Eh, nampak menarik lah pula gaya filmography macam tu. Nice dari pandangan mata saya juga.

Siapakah Wes Anderson?

Wes Anderson atau nama penuhnya Wesley Wales Anderson merupakan seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, dan pelakon dari Amerika Syarikat. Dikenali dengan keunikan visual dan stail naratif.

Wes Anderson Tiktok Trend
sumber : google

Karya-karya Wes Anderson banyak menggunakan gerakan kamera yang mendatar, komposisi bersimetri yang tepat, zum segera, shot berjalan lambat (slow motion), pilihan warna yang terhad serta gaya pengarahan seni yang menggunakan miniatur. 

Gaya-gaya pilihan pengarahan Wes Anderson memberikan filemnya suatu kualiti yang tersendiri yang telah menimbulkan banyak perbincangan, pengkajian kritis bahkan juga jenaka dan parodi. Banyak penulis, pengkritik bahkan Anderson sendiri telah berkata bahawa teknik-teknik sebegini memberikan karyanya rasa menjadi dunia yang terkandung dengan sendirinya.—Wikipedia

Wes Anderson memiliki gaya khas dan unik dalam setiap karya filemnya dengan pemilihan palet warna (color palette) pastel, font yang solid, membawa konsep simetri dan jalan cerita yang sukar untuk diduga.

Filem arahan Wes Anderson

  • Bottle Rocket (1996) 
  • Rushmore (1998) 
  • The Royal Tenenbaums (2001) 
  • The Life Aquatic with Steve Zissou (2004) 
  • The Darjeeling Limited (2007) 
  • Fantastic Mr. Fox (2009) 
  • Moonrise Kingdom (2012) 
  • The Grand Budapest Hotel (2014) 
  • Isle of Dogs (2018) 
  • The French Dispatch (2021)

Ciri-ciri stail Wes Anderson

Komposisi simetri

Wes Anderson sangat mementingkan komposisi kamera yang simetri dalam setiap frame. Objek mestilah berada di tengah dan latarnya juga seimbang mengikut konsep fitur rule of third (ROT) yang terdapat dalam setiap camera. Gambar di posisi tengah memberikan kesan yang kemas dan menarik 

wes anderson simetri
Menjadi ke tidak gaya Wes Anderson ni

Palet warna (color palette) pastel

Warna-warna pastel atau senada dengan warna nude menjadi pilihan Wes Anderson dan sentiasa mendominasi karya filemnya. Disebabkan itu, warna pastel menjadi ciri khas dan satu kemestian dalam setiap karyanya.
wes anderson color palette
sumber : pinterest


Mengutamakan susunan

wes anderson style
sumber : google

Penggunaan font Futura

Font Futura salah satu ciri khas dalam filem Wes Anderson. Pengunaan jenis font Futura dari keluarga Sans Serif sangat sesuai dan seringkali digunakan untuk heading text atau opening scene. 

Music Wes Anderson

Music untuk video pendek trend di TikTok menggunakan lagu Obituary (From The Original Soundtrack Of The French Dispatch) by Alexandre Desplat.

Begitulah al kisahnya tentang Wes Anderson TikTok trend ni. Yang nak cuba-cuba ambil gambar atau video ala Wes Anderson jangan lupa aplikasikan ciri-ciri gaya Wes Anderson di atas.

2 comments:

  1. sana sini orang dok cerita pasal.mamat ni. sy dpt tau pun lps baca kat twitter. igt kan dia pelakon hollywood ke apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee..kat TikTok & Ig memang penuh dengan Wes Anderson style.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.