6 Kebaikan Moisturizer Aqua Whitening Cream Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023 Malaysia Yang Anda Patut Tahu!

Semua orang nak kulit cantik dan sihat. Beruntunglah kalau memiliki kulit sebegitu. Yang kita ni jenis kulit sensitif kalau silap jaga dan silap pakai produk terus automatik macam-macam masalah kulit datang. Tapi setiap permasalahan mesti ada penyelesaiannya, kan!

Masalah kulit berminyak bermula...

Cakap pasal masalah kulit ni, nak cerita sikitlah tentang pengalaman kulit bermasalah ni. Kisah masalah kulit saya bermula masa zaman study di Universiti. Tak tahu lah stress ke apa atau hormon tak menentu hala masa tu.

Lepas tu tersilap pilih produk, lansung terus break out muka. Lalu termelaratlah masalah kulit. Jerawat merata, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering, tona tak sekata dan sekarang tinggalkan parut dan pori besar yang menjadi kenangan. 

Sejak tu memang berhati-hati bab memilih skincare untuk kulit berminyak. Terpaling takut nak mencuba produk baru. Takut tak sesuai dengan jenis kulit saya yang jenis kulit berminyak, kulit kering dan kombinasi. Paling ketara jenis kulit berminyak sebab mudah berpeluh bila cuaca panas. 

Risau lah kan kalau berpeluh tu, rimas bila kulit berminyak. Risau kulit semakin berminyak pun ye juga. Kalau boleh tak nak pakai sebarang krim muka. Tapi nak jaga kulit muka, paling tidak pun wajib pakai moisturizer/ pelembap muka. 

Tambahan lagi saya ni banyak menghabiskan masa menghadap komputer di rumah. Kena jaga kulit juga daripada cahaya biru daripada peralatan elektronik. Tak kisahlah dari smartphone atau komputer. Cahaya biru bukan hanya boleh rosakkan mata, boleh juga merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan kulit. Risauuu...

Kebaikan Moisturizer Aqua Whitening Cream Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Dulu kulit muka nampak kusam sangat, tona dan sekata dan berminyak

Tapi itulah nak pakai moisturizer/ pelembap muka takut pula tak selesa bila berpeluh. Dah tu keluar minyak tak terkawal. Bila minyak keluar ni mulalah menyebabkan pori terbuka tersumbat.

Jenis kulit muka berminyak ni, kenalah cari moisturizer terbaik. Persoalannya pelembap muka/ moisturizer apa yang bagus untuk kulit berminyak? 

Moisturizer untuk kulit berminyak, gunalah moisturizer water based. Jenis Moisturizer water based ni adalah krim muka moisturizer yang bagus sebab ringan dan mudah meresap ke dalam kulit muka. Paling penting tidak melekit. Barulah selesa! 

Guna krim pelembap muka atau moisturizer water based ni salah satu cara merawat kulit berminyak yang berkesan. Walaupun ia ambil masa untuk memulihkan skin barrier yang rosak tapi trust the process orang kata.

Nak tahu moisturizer/ pelembap muka apa yang saya guna? Moisturizer terpaling lama saya gunakan sebab keberkesanannya.

Sebelum tu, ambil tahu apa punca kulit muka berminyak.

6 Punca kulit muka berminyak

1. Perubahan hormon
Perubahan hormon biasanya terjadi kepada wanita hamil dan wanita datang bulan. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan tubuh badan cenderung untuk keluarkan minyak yang berlebihan pada muka.

2. Pemakanan
Kulit muka berminyak akan terjadi bila kita tak menjaga pemakanan kita. Suka makan makanan yang jenis berlemak, mengandungi gula tinggi, makanan bergoreng, makanan segera dan sewaktu dengannya.

3. Faktor genetik
Faktor genetik juga salah satu punca kulit berminyak yang secara tak lansung mungkin akan cenderung mewarisinya.

4. Tekanan/ Stress
Kurang rehat, penat bekerja, resah adalah antara punca stress. Dalam keadaan stress dan tertekan boleh menghasilkan hormon kartisol yang menyebabkan minyak muncul pada kulit muka.

Punca kulit muka berminyak

5. Polar tidur
Kurang tidur dan berjaga malam akan membuatkan badan kita kurang rehat. Perlu dapatkan tidur yang cukup untuk kualiti rehat yang terbaik.

6. Cuaca panas
Cuaca panas akan menyebabkan cepat berpeluh. Bila muka berpeluh berkilat akan menyebabkan minyak berlebihan keluar. Kulit muka berminyak tak terkawal.

Itulah dia punca-punca kulit berminyak. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tengah dilanda musim panas sekarang, memang kena pakai dan pilih moisturizer terbaik. Yang suka makeup pula mesti concern tentang makeup kan. Taknak makeup cair musim panas ni, cara make up tahan lama kena pakai moisturizer yang bagus.

Moisturizer water based, moisturizer terbaik untuk kulit berminyak

Mujurlah saya dah jumpa moisturizer/ pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, skincare untuk kulit berminyak yang sesuai dengan kulit saya. Bukan hanya moisturizer untuk kulit berminyak, malah sesuai juga untuk semua jenis kulit. Sehingga kini, tahu-tahu dah 5 bekas saya guna. Dari design label lama sampailah yang terkini.

Moisturizer Aqua Whitening Cream Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream - Moisturizer Terbaik 2023 Skincare Online Malaysia

Yang menariknya, pelembap muka/ moisturizer yang bagus boleh dijadikan krim malam dan krim siang terbaik juga. 2 in 1. Jimat tak perlu nak beli krim muka yang berasingan. Kalau nak tahu, cara make up tahan lama pun boleh gunakan moisturizer Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni juga.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream salah satu rangkaian produk jenama Hansaegee Nature dari Korea. Ia adalah krim pelembap muka dan berfungsi sebagai pencerah kulit seperti namanya. 

Aqua menunjukkan sifat air yang melembap, berasaskan air (water based) dan krim muka ini akan menghasilkan titisan air apabila disapu pada kulit. Rare bukan?

Tekstur krim muka yang pekat tetapi ringan. Bila pakai tak rasa macam pakai krim pun sebab light weight. Best! 

Nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam post mula-mula kenal Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Aqua menunjukkan sifat air yang melembap, berasaskan air (water based) dan krim muka ini akan menghasilkan titisan air apabila disapu pada kulit. Rare bukan?
Skincare untuk kulit berminyak, krim muka texture ringan dan lembap


Aqua menunjukkan sifat air yang melembap, berasaskan air (water based) dan krim muka ini akan menghasilkan titisan air apabila disapu pada kulit. Rare bukan?

Aqua menunjukkan sifat air yang melembap, berasaskan air (water based) dan krim muka ini akan menghasilkan titisan air apabila disapu pada kulit. Rare bukan?
Krim pelembap muka/ moisturizer water based yang bagus untuk kulit berminyak

Kandungan utama Aqua Whitening Cream adalah Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide yang cukup berkuasa melindungi kulit. Disebabkan itu Aqua Whitening Cream sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.

Aqua menunjukkan sifat air yang melembap, berasaskan air (water based) dan krim muka ini akan menghasilkan titisan air apabila disapu pada kulit. Rare bukan?

Tekstur Aqua Whitening Cream water based, ringan, tidak berminyak, tidak melekit, cepat meresap, melembapkan kulit dan tidak menyebabkan pori tersumbat. Jenis krim tak melekit ni sesuailah  dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia yang bersuhu panas lembap. 

Sebab itulah saya suka sangat dengan Aqua Whitening Cream ni. Tak pernah skip pakai siang malam. Aqua Whitening Cream boleh dinobatkan sebagai krim siang terbaik dan krim malam terbaik. 

6 Kebaikan moisturizer Aqua Whitening Cream terbaik untuk kulit berminyak

1. Control Oily Skin

Sebenarnya kulit muka kita ni menghasilkan minyak semulajadi untuk melindungi kulit muka daripada terlampau kering. Bunyi macam baguslah kan kulit tak kering. Tapi minyak yang keluar berlebihan akan menyebabkan masalah kulit semakin berminyak menjadikan pori tersumbat, seterusnya muncullah jerawat dan masalah kulit yang lain.

Bila kulit pula tak mencukupi air akan menyebabkan kulit kering. Dan bila kulit kering akan merosakkan skin barrier kerana kehilangan air dipermukaan kulit dan menyebabkan minyak keluar berlebihan. Kulit berminyak juga cenderung memiliki liang pori besar.

Seperti yang saya katakan, saya banyak menghabiskan masa dengan menghadap komputer di rumah. Tapi masih juga boleh menyebabkan kulit berpeluh sebab peralatan elektrik mengeluarkan haba. Haba menyebabkan rasa bahang, suhu kulit jadi tinggi dan mudah berpeluh. Berpeluh, automatik akan keluar minyak berlebihan dari kulit.

Jadi, nak kawal kulit muka berminyak ni saya elakkan pakai produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit berminyak, contohnya petroleum sebab akan menyebabkan kulit berminyak. Dan pilih tekstur yang ringan dan tidak melekit.

Sebab tu saya pilih produk moisturizer water based yang sesuai untuk kulit berminyak. Kandungan Niacinamide yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream ini dapat mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function). Bagus sangat. Even panas dan berpeluh tak perlu risau kulit berminyak dan tak perlu risau pori tersumbat.

Moisturizer Aqua Whitening Cream

Kulit pun dah kurang berminyak. Kalau tidak, nampak berkilat je muka. Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3 yang baik yang dapat melegakan iritasi dan kemerahan akibat sunburn, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kulit berminyak.

2. Moisturizing & hydrating

Apa yang menarik dan rare tentang Aqua Whitening Cream ni adalah kesan 'water drop' tu. Krim muka lain mana ada! Itu yang buat lagi tertarik nak menggunakannya. Lagi satu, lepas water drop keluar, dap dap sikit krim akan meresap dalam kulit muka dengan cepat. Selepas sapuan krim muka tu dah boleh terus nampak kesan lembap dan kulit kekal hidrat. Auto nampak Kulit glowing healthy.

Moisturizer Aqua Whitening Cream

Kehadiran 'water drop' dapat memberikan kelembapan kulit yang lebih mendalam. Selain dapat kulit yang lembap, dapat juga pakej kulit lembut. 

3. Mengawal pori terbuka

Point ni berkaitan dengan point nombor 1 di atas. Selain kandungan Niacinamide sebagai kandungan utama, Aqua Whitening Cream juga mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang bagus cepat meresap ke dalam kulit dan tidak mengakibatkan pori tersumbat.

Moisturizer Aqua Whitening Cream

Dan sebab itulah, Aqua Whitening Cream ni sejenis produk Non-comedogenic yang tidak akan menyumbatkan liang pori dan tidak akan menyumbang kepada penghasilan jerawat.

Pori besar pun tidak akan berlaku bila pori tidak tersumbat akibat berpeluh dan minyak berlebihan keluar yang. Jerawat pun segan nak muncul. Bila minyak berlebihan kurang, pori terbuka akan mengecil. Kulit pun akan nampak lebih licin dan sihat.

4. Brightening

Wah, best betul lah pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni. Itulah ayat pertama kali bila pakai krim muka Aqua Whitening Cream ni. Lepas pakai auto nampak glowing sihat berseri. Kulit pun tak kusam lagi. Tak pakai foundation pun tak pe dah!

Moisturizer Aqua Whitening Cream
left, kulit nampak sedikit kusam | Right, tona lebih cerah dan glowing

Sebab tu saya pilih produk yang mengandungi bahan Niacinamide sebab ia bertindak untuk memberikan kesan cerah (brightening) pada kulit. Tona kulit pun jadi lebih sekata. Bukan itu saja, melembapkan kulit pun ye juga seperti point nombor 2.

5. Anti wrinkle

Semakin menua ni, semua orang concern tentang kedutan. Kalau boleh nak kulit nampak awet muda je kan. Biarlah umur meningkat pun, janji nampak awet muda gitu. Kandungan Niacinamide yang juga dikenali sebagai vitamin B3 bagus juga untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Moisturizer Aqua Whitening Cream

Moisturizer Aqua Whitening Cream
Tekstur krim yang ringan, watery dan tidak melekit


6. Make up tahan lama

Bagi yang suka make up, saya sarankan guna lah pelembap muka Aqua Whitening sebelum make up. Saya pernah ceritakan cara make up tahan lama sebelum ni. Boleh baca dengan lebih terperinci lagi.

Pendek cerita, krim muka ni cepat meresap tak makan masa lama nak prep muka sebelum make up. Cepat meresap, tidak melekit dan tidak berminyak. Itu yang pentingnya baru dapat make up tahan lama. 

Dahlah bila pakai tu makeup jadi lebih pigmented, boleh tahan lama sampai malam tau! Pernah sekali masa cuti period, kebetulan pergi kenduri lepas tu jalan-jalan sampai petang tak payah touch up pun takpa. Balik rumah pun makeup masih elok bertahan.

Moisturizer Aqua Whitening Cream

Banyak lagi kelebihan Aqua Whitening Cream ni yang memberikan kesan positif pada kulit saya. Paling penting selamat digunakan tanpa Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan alkohol.  Begitulah cara merawat kulit berminyak dengan menggunakan moisturizer Aqua Whitening Cream, krim siang dan krim malam terbaik. Jimat tak payah beli asing-asing dah. 

Kalau tanya saya, moisturizer apa yang bagus? Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature lah jawabnya. Sudah terang lagi bersuluh.

Products Hansaegee Nature
3 Steps Basic Skincare Routine Hansaegee Nature - Cleanser, Moisturizer dan Suncreen SPF50 Terbaik 2023

Nak lebih baik, boleh gunakan rangkaian produk Hansaegee Nature dimulakan dengan pencuci muka Aloe AC Bubble cleanser, Pelembap muka Aqua Whitening Cream dan terakhir pakai Sunscreen Aloe Vera.
 
Moisturizer Aqua Whitening Cream

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.