Bab 6 : Jun 2023

Tibalah kita di bulan Jun, bab 6 buku tahun 2023. Bila dah masuk bulan Jun, bermakna kita dah hampir separuh tahun. Sekejap masa berlalu. Ayat cliche yang biasa disebut. Ya, benar! Memang begitulah masa sekarang berlari laju.

Maafkan saya lama tak blogwalking ke blog kawan-kawan. Harapnya bulan Jun ni dapatlah kutip semangat aktif semula berblogwalking. Entah mana kekuatan itu pergi. 

Masuk bulan Jun, tanpa sedar hampir 6 bulan arwah abah pergi meninggalkan kami. Sayu, sepi, sedih... Sentiasa doakan untuk arwah abah.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah lelaki), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Bab 6 Jun 2023

Page 152/365
Sometimes all you need is a little splash of colour
Spice up your life!
Marilah kita move on ke bulan Jun 2023. Masuk bulan baru, macam biasa belek-belek kalender kuda bulan 2023. Tengok kot ada cuti bulan Jun 2023. 

Cuti bulan Jun 2023 : Cuti umum/ Public holidays Jun 2023

1 Jun (Khamis) – Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun (Jumaat) – Cuti Hari Gawai (Sarawak)


5 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Agong (Cuti Umum)
18 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
28 Jun (Rabu) – Hari Arafat (Terengganu)
29 Jun (Khamis) – Hari Raya Haji (Cuti Umum)
30 Jun (Jumaat) – Cuti Raya Haji (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)

Sambutan pada bulan Jun
Hari Ahad Kedua Jun – Sambutan Hari Bapa (Father's Day)
1 Jun (Khamis) – Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children's Day)
5 Jun (Isnin) – Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)
14 Jun (Rabu) – Sambutan Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day)
15 Jun – Sambutan Hari Angin Global (Global Wind Day)
20 Jun (Selasa) – Sambutan Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day)
21 Jun (Rabu) – Sambutan Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day)
21 Jun (Rabu) – Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day)
26 Jun (Isnin) – Sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking)

Cuti sekolah penggal 1 dah bermula 27 Mei sehingga 3 Jun 2023. 5 Jun cuti umum Hari Keputeraan Agong. Yang terpaling dinantikan adalah Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji/ Korban.

Banyak juga cuti dan sambutan dalam bulan Jun ni. Boleh rancang cuti-cuti Malaysia. Kann...

2 comments:

  1. Baru sedar 5 Jun cuti umum. Maka 3 hari cuti berturut-turut. Patutlah makcik ajak berkumpul di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul kak. Cuti long weekend. Cuti sekolah pun bersambung.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.