Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie

Jodoh itu Rahsia Allah. Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad selamat bernikah dengan Watie Hanifiah (Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah), seorang usahawan. 

Pasangan mempelai itu sah bergelar pasangan suami isteri tepat jam 8.47 malam pada hari Jumaat, 24 Jun 2023. 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie
Lah Ahmad menyerikan majlis

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie
Watie diiringi ibunya

Pengantin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Ustaz Zubairi Ghazali.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie
Shuib ditemani bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah

Majlis pernikahan pasangan mempelai itu diadakan di Putra Glass House Shah Alam diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Pasangan mempelai berbusana putih dan anak-anak Shuib turut sedondon memakai persalinan berwarna putih. Manakala pihak keluarga dan tetamu mengenakan rona dusty pink.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie
Pelamin pengantin bertemakan mutiara dan cengkerangnya

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 sebagai simbolik tarikh lahir kedua mempelai. Hantaran pula dirahsiakan dan hanya diketahui oleh ahli keluarga sahaja.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie
acara batal air sembahyang, Shuib menyarungkan cincin pada jari Watie

Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup. Tahniah buat kedua mempelai dan juga ahli keluarga. Semoga pernikahan mereka terus kekal dan bahagia sampai syurga. Aamiin...

Terdahulu, Shuib berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Allahyarham Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

sumber info : ohbulan
credit photos : project2pi

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.