Jodoh itu Rahsia Allah. Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad selamat bernikah dengan Watie Hanifiah (Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah), seorang usahawan.
Pasangan mempelai itu sah bergelar pasangan suami isteri tepat jam 8.47 malam pada hari Jumaat, 24 Jun 2023.
![Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuSB3eSPg9Bx9AMsPLBY4PSBJVonLyLkuivqwyUyhJNk0XYWgxUvt4SF-UCNFirgNsndin0bPXI-9YP_77p-HdjhqUTKWDhCufRmugQT9UXLBiCeU8xMYtoMOmSUJE5A5SrG85-J-6gfyHxDwZ48ohyf1K5e3dDcEBlwomWMiPPj-b4HE3QU89lVM18kN_/s16000-rw/SHUIB%20WATIE%20NIKAH.webp) |
Lah Ahmad menyerikan majlis |
![Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSv3rRiSmd11bMe3dzQpQAM1pDa8glrrXXWDpQdTVM915uwkVR1etUNE6l6LLrs9ICZJzTem1WE03BMWB6ppvoRKB6QClfk6ktPRc1bVXcy-rgvnK-0PVzxFNXJzEH2q18xCTwsZtEkcO5nozE0M46Yv0KNyhSXkyB7qKlPPsCA8gtYXv2_K3Gs4Ie11cn/s16000-rw/SHUIB%20WATIE%20NIKAH%20%201.webp) |
Watie diiringi ibunya |
Pengantin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Ustaz Zubairi Ghazali.
![Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtYpIoQ6lJstEijZ8GXmQcc4XgmmvbDHJstP-jLhqwgt4cRsrwEEbCb0eweWQ1lwJkB4sgks_ZdHHB2n7wdFpKPsiyHSTQ70AcCV-w-ZhaWhhJCYjRW0KgT0stsnGFcb_BQKR18eeFYw2n2MkP3WnhB6jpk89YnovOAOFU1kKKqHiDxJuUXpfMYkJjv5z4/s16000-rw/SHUIB%20WATIE%20NIKAH%203.webp) |
Shuib ditemani bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah |
Majlis pernikahan pasangan mempelai itu diadakan di Putra Glass House Shah Alam diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Pasangan mempelai berbusana putih dan anak-anak Shuib turut sedondon memakai persalinan berwarna putih. Manakala pihak keluarga dan tetamu mengenakan rona dusty pink.
![Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicryfagpBBpZX-UDek0wA-sIpJV2iXULnFVTmjw0OYeHqn6B0aczXm921G7wM1mgnfGy_xxdIckXeZSbQlFAmsG8TuNf4kWUebvdXtNmG6MReXRxGYanSoJZcLAYItY80QbpxzyjE3H_-zsV_moc3qGGwfyqselwGaaO2-sNN4aEnDNa9Y496ImZPP7V72/s16000-rw/SHUIB%20WATIE%20NIKAH%204.webp) |
Pelamin pengantin bertemakan mutiara dan cengkerangnya |
Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 sebagai simbolik tarikh lahir kedua mempelai. Hantaran pula dirahsiakan dan hanya diketahui oleh ahli keluarga sahaja.
![Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shuib dan Watie](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOXw-2CcReqCHL6nuDdrGf2ty71dLDmOW0B8vdibjqyHqZ2LUIbXn2liWaAFi9dSQ_Mo5ArRa61ZMNBiHXKRIFmIQxACYz6kav5kFiRbam5R8etEpQmgdsZM6SzBCvzUTrHFAblS3ab2DFGcnh_J8P5R1bifVaqa5-OwvbuYBo7ssl8vJWfzafz4ai1t1H/s16000-rw/SHUIB%20WATIE%20NIKAH%205.webp) |
acara batal air sembahyang, Shuib menyarungkan cincin pada jari Watie |
Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup. Tahniah buat kedua mempelai dan juga ahli keluarga. Semoga pernikahan mereka terus kekal dan bahagia sampai syurga. Aamiin...
Terdahulu, Shuib berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Allahyarham Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Ohh thanks for sharing. Lawa semua, moga kekal bahagia Shuib & Watie
ردحذفSerba cantik semuanya kan.
حذفAamiin...
Selamat pengantin baru
ردحذفSelamat pengantin baru buat mereka.
حذفtahniah utk shuib dan watie semoga berbahagia hgga ke syurga aminnn
ردحذفTahniah untuk mereka.
حذفAamiin...