Ke KLIA Cargo Landing (Flight Landing View KLIA Sepang), Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Sekali lagi kami jejak ke Flight Landing View KLIA Sepang, tempat tengok kapal terbang mendarat dengan lebih dekat lagi.Kapal terbang mendarat lalu atas kepala! Kebetulan encik suami cuti sehari, lepas tu ambil peluang jalan-jalan sampailah membawa ke Flight Landing View KLIA ni. Tahu-tahu dah sampai je.

Flight landing view ni antara tempat menarik viral. Sejak viral, memang ramai pengunjung datang ke sini. Lepas tu flight landing view ni ditutup sementara dan kini ada beberapa ruang ditutup demi keselamatan.

baca juga 
Pertama kali jejak di KLIA Aircraft spot
Kapal terbang Sekinchan

Haritu pergi KLIA Aircraft spot, kali ni kami singgah di KLIA Cargo Landing pula. Berdekatan je pun dengan tempat haritu. KLIA Cargo Landing ni port terbaik tengok kapal terbang landing di selekoh jalan. Haritu tak dapat nak pergi hotspot sini sebab ramai orang. 

Bila pergi hari waktu berkerja ni tak ramai orang. Jadi, dapatlah kita singgah sebentar. Betul-betul di bawah kapal terbang nak mendarat. Tepi-tepi jalan dah banyak ditutup dengan penghadang sebab taknak orang park kat tepi jalan demi keselamatan. Tapi ada ruang sikit untuk  sebiji dua kereta parking. 

Masa kami berhenti tu cuma ada sebuah kereta. Dapatlah kereta kami menyelit di situ. Walaupun tak dapat ambil gambar kapal terbang lurus depan-depan. Dapat tepi sikit ala-ala nak lurus sikit pun bolehlah. 

Flight Landing View KLIA Sepang Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Dapatlah tengok kapal terbang mendarat satu persatu secara dekat. Satu kepuasan juga dapat tengok kapal terbang mendarat dari jarak dekat. Berdesup satu persatu kapal terbang mendarat setiap 5 minit. 

Jari pun kena laju mengetik butang nak ambil gambar. Kalau tidak, terlepas begitu saja. Tapi takpe, banyak lagi kapal terbang beratur menunggu di belakang nak mendarat. 

Flight Landing View KLIA Sepang Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Tengok kapal terbang mendarat pun boleh jadi healing juga. Tengok laut, tengok hutan tu dah biasa sangat kan. Healing di Flight Landing View KLIA Sepang ni pun boleh. 

Pergi hari orang bekerja syoklah boleh lepak lama-lama sebab tak ada orang. Kalau weekend dah tentu ramai orang. Nak parking pun entah-entah tak ada tempat.

Flight Landing View KLIA Sepang Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Tak banyak ambil gambar sebab rasa macam asyik terlepas je. Nampak macam tak laju nak mendarat. Tup-tup dah hilang dari pandangan dalam camera. Nasiblah mana yang dapat tangkap tu. 

Flight Landing View KLIA Sepang Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Selain di selekoh ni (KLIA Cargo Landing) ada lagi satu tempat tengok kapal terbang mendarat. Tapi dah mendarat di landasan lah. Disediakan deck dan juga ruang parkir, iaitu Anjung Spotter Observation Deck.

Flight Landing View KLIA Sepang Tempat Tengok Kapal Terbang Mendarat

Cuti sekolah ni bolehlah bawa anak jalan-jalan tengok kapal terbang mendarat di Jalan Pekeliling KLIA Sepang. Tempat percuma tanpa bayaran. Kalau bawa anak-anak better pergi Anjung Spotter Observation Deck tu lah ada tempat duduk dan lebih selesa serta selamat.

Jadi nak tengok kapal terbang mendarat di KLIA ni ada banyak spot. Spot ambil gambar terbaik di sini lah KLIA Cargo Landing yang saya singgah ni. Boleh juga tengok dari tepi di KLIA Aircraft Spot atau Anjung Spotter Observation Deck.


Selain KLIA, KLIA2 juga ada spot untuk tengok kapal terbang mendarat. Tapi tak sempat lah nak singgah. Masa limpas di situ banyak kerja dan tak ada parkir. Berlalu pergi je lah terus balik rumah.



6 comments:

  1. Seronoknya ni.. husband minat pasal kapal terbang. Mesti dia suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat kapal terbang mesti suka kalau datang sini. Kot terlalu sini bolehlah singgah.

      Delete
  2. Menarik ni, tapi jauh la pulak nak ke Sepang tu.

    ReplyDelete
  3. ahhahha pernah pegi sekali.. tp masa tu hujan... sadis jenuh tunggu kapal terbang muncul tp drg reschedule je memanjang hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh kalau pergi masa hujan kurang mood nak tengok kapal terbang. Lagilah kena menunggu tu. Kalau cuaca elok setiap 5 minit kapal terbang sampai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.