Koleksi Ucapan, Pantun, Puisi Dan Caption Selamat Hari Bapa (Happy Father's Day) 2023
Jika bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu. Manakala Bulan Jun pula bulan meraikan sambutan Hari Bapa. Hari ibu diraikan pada ahad kedua bulan Mei setiap tahun dan pada tahun ini Hari Ibu disambut pada hari Ahad, 14 Mei 2023.
Sambutan Hari Bapa Sedunia di Malaysia 2023 disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun iaitu pada 18 Jun 2023. Walau bagaimanapun, sambutan Hari Bapa disambut seluruh dunia dengan tarikh berbeza.Hari Bapa (Father's Day)
Hari Bapa disambut bagi meraikan dan menghargai jasa kaum bapa yang telah banyak berjasa serta berkorban dalam membesarkan kita.
kredit : Artortoise |
Tak lupa juga dalam memberikan ucapan sempena Hari Bapa. Berikut koleksi ucapan, pantun dan puisi sempena Hari Bapa yang boleh digunakan untuk caption media sosial dan juga kad ucapan.
Koleksi Ucapan, Pantun, Puisi dan Caption Selamat Hari Bapa (Happy Father's Day) 2023/ Ucapan Hari Bapa 2023 Wishes
Kasihnya ibu membawa ke syurga.Setiap penat lelahmu,
Kasihnya ayah sepanjang masa.
Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami semua.
Selamat Hari Bapa.
setiap titik peluhmu,
jasa dan pengorbananmu tak terhitung.
Tak pernah berkira walau sekalipun.
Dialah insan yang paling ikhlas.
Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa
Disetiap keringatmu,Disebalik kasih ibu, ada kerja keras seorang ayah.
disetiap nafasmu,
penuh dengan kasih sayangmu.
Terima kasih ayah.
Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.
Pengorbanan dan jasamu tidak ternilai.
Selamat Hari Bapa
Pada setiap titik peluhmu,
Pada setiap nafasmu,
Penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang.
Selamat Hari Bapa
Pada setiap nafasmu,
Penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang.
Selamat Hari Bapa
Abah,Terima Kasih Ayah!
beribu kata telah kau ucapkan,
beribu cinta telah kau berikan,
beribu kasih telah kau curahkan untuk kami.
Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu.
Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di Malaysia.
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tidak terhitung banyaknya dan tidak mampu dibalas di dunia. Ayah, hero terbaik buat semua. Selamat Hari Bapa.
Abah!Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami.
Terima Kasih atas curahan kasih sayang sepanjang membesarkan kami. Moga Allah berikan ganjaran syurga buat Abah.
Selamat Hari Bapa.
SELAMAT HARI BAPA Diucapkan kepada semua insan yang bergelar Bapa.Engkaulah hero dalam hidup kami. Selamat Hari Bapa.
Semoga setiap titis keringat mu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah.
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU
Aamiin…
Ayah,
Terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya.
Setiap nasihatmu akan kami ingati.
Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini.
Terima kasih Ayah. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak ternilai.
Walaupun ayah tidak banyak bicara tentang kesusahan dan kepenatan membesarkan kita,
Namun percayalah, Ayah kan sentiasa bekerja keras untuk keluarga tercinta.
SELAMAT HARI BAPA
Koleksi Pantun Hari Bapa
Pantun Hari Bapa 1
Cantiknya langit bewarna jingga,
Boleh dilihat dihujung desa,
Kasih ibu hingga ke syurga,
Kasih bapa setiap masa.
Cantiknya langit bewarna jingga,
Boleh dilihat dihujung desa,
Kasih ibu hingga ke syurga,
Kasih bapa setiap masa.
Pantun Hari Bapa 2
Sungguh besar pengorbanan ayah,
Tidak pernah kenal erti penat dan lelah,
Kasihi ayah sepanjang masa,
Cintai anak hingga ke syurga.
Pantun Hari Bapa 3
Angin berdesir seluruh wilayah,
Pohon tumbang akarnya goyah,
Terima kasih teruntuk ayah,
Sudah berjuang susah payah.
Pantun Hari Bapa 4
Rumah ibu indah nan megah,
Semua didapat dengan usaha dan doa,
Kuucapkan selamat hari ayah,
Moga hidupmu makin bahagia.
Pantun Hari Bapa 5
Sungguh indah bunga selasih,
Banyak dicari warga kota,
Sayangi ayah yang penuh kasih,
Berletih-letih menjaga kita.
Pantun Hari Bapa 7
Habis berlari terasa lelah,
Segarnya bisa minum es blewah,
Terima kasih untuk cinta ayah,
Siang malam tak lelah mencari nafkah.
Tidak pernah kenal erti penat dan lelah,
Kasihi ayah sepanjang masa,
Cintai anak hingga ke syurga.
Pantun Hari Bapa 3
Angin berdesir seluruh wilayah,
Pohon tumbang akarnya goyah,
Terima kasih teruntuk ayah,
Sudah berjuang susah payah.
Pantun Hari Bapa 4
Rumah ibu indah nan megah,
Semua didapat dengan usaha dan doa,
Kuucapkan selamat hari ayah,
Moga hidupmu makin bahagia.
Pantun Hari Bapa 5
Sungguh indah bunga selasih,
Banyak dicari warga kota,
Sayangi ayah yang penuh kasih,
Berletih-letih menjaga kita.
Pantun Hari Bapa 7
Habis berlari terasa lelah,
Segarnya bisa minum es blewah,
Terima kasih untuk cinta ayah,
Siang malam tak lelah mencari nafkah.
Pantun Hari Bapa 8
Usia ayahanda meniti senja,Tapi gagahnya luar biasa,
Walau kudrat tidak seperti muda,
Itulah hero di hati anakanda
Pantun Hari Bapa 9
Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.
Puisi untuk ayah sempena Hari Bapa
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
Ayah,
Pinjamkanku kekuatanmu,
Pinjamkanku semangatmu,
Pinjamkanku perjuanganmu,
Agar aku dapat belajar bagaimana cara untuk menghadapi masalah tanpa rasa keluh kesah.
Pinjamkanku kekuatanmu,
Pinjamkanku semangatmu,
Pinjamkanku perjuanganmu,
Agar aku dapat belajar bagaimana cara untuk menghadapi masalah tanpa rasa keluh kesah.
Dialah bapa,
Dialah kawan,
Dialah teman,
Dialah sahabat,
Dialah tempat berkongsi duka,
Dia juga tempat berkongsi gembira.
Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat Ayah hingga akhir hayat.
Duhai Ayah!
Ayah tak pernah patah semangat,
Ayah tak pernah berputus asa,
Ayah tak pernah hilang harap,
Ayah akan sentiasa mencari jalan membahagia kami sekeluarga.
Semoga Allah limpahkan kurnia buat Ayah.
Doa untuk Ayah/Abah/Bapak/Papa/Daddy
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَ“Allahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhuma kama rabbayanii shaghiraa”
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan sayangilah Keduanya sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin
Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.
Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.
selamat hari bapa in advance😀
ReplyDeleteawal tak kalut..kann...
Delete