Malaysia vs Kepulauan Solomon Live Streaming 14 Jun 2023 (Perlawanan Antarabangsa Tier 1)

Pasukan Kelab Bola Sepak Malaysia, Skuad Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan menentang pasukan Kepulauan Solomon (Solomon Islands) dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 kedua yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Rabu, 14 Jun 2023, jam 8.30 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Perlawanan di Kuala Terengganu dapat memberikan peluang kepada peminat bola sepak di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan untuk menyaksikan perlawanan siri antarabangsa Malaysia vs Kepulauan Solomon secara dekat serta dapat memberikan sokongan padu kepada skuad negara.

Mengikut kebiasaannya, Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya tidak dapat digunakan buat masa ini berikutan kerja-kerja penggantian rumput baru.

Terdahulu, Skuad Harimau Malaya telah mengharungi dua aksi perlawanan persahabatan Tier 1 pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Dalam kedua-dua aksi tersebut, pasukan bola sepak Malaysia telah mencatatkan kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.


Kemenangan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 tersebut lebih menyakinkan skuad kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Kim Pan-gon dalam mengharungi perlawanan seterusnya menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea untuk terus mencipta kemenangan.

Kemenangan tersebut sebagai peluang memperbaiki kedudukan Ranking Dunia FIFA selain mempersiapkan Skuad Harimau Malaya beraksi dalam saingan pusingan akhir Piala Asia (2023/2024 AFC Asian Cup) di Qatar nanti.

Ia juga sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia dan seterusnya terlepas dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA terkini, Skuad Harimau Malaya melonjak ke ranking 138 dunia. Manakala Kepulauan Solomon pula menduduki ranking ke-134 dunia.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2023 Malaysia vs Kepulauan Solomon yang akan berlansung pada hari Rabu, 14 Jun 2023 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 malam turut disiarkan secara siaran langsung (live streaming) di saluran TV9 dan saluran sukan Astro Arena seawal jam 8.30 dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Malaysia vs Kepulauan Solomon Live Streaming 14 Jun 2023

SIARAN LANSUNG PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA 2023

Malaysia vs Kepulauan Solomon (Solomon Islands)

Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Waktu siaran : Rabu, 14 Jun 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, Astro 149, myFreeview 109, Tonton dan Astro Arena
Link streaming : Live TV Xtra TV9

Pembelian dan harga tiket Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2023 (Malaysia vs Kepulauan Solomon)

Pembelian tiket Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 boleh dibeli melalui laman rasmi  tickethotline. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Penjualan tiket bermula pada 1 Jun 2023.

Harga tiket
Terbuka : RM30
Kanak-kanak : RM5 (6-12 tahun)

Keputusan masa penuh Malaysia vs Kepulauan Solomon

FT : Malaysia  (4)   (1)  Kepulauan Solomon
 Raphael Lea'i 11'
 Paulo Josué 40'
 Arif Aiman Hanapi 45'+2 (P) 
 Safawi Rasid 77' 
 Lee Tuck 90'+1

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.