Mencuba Gimbap Tuna Klasik Family Mart
Teringin makan sushi. Tiberrr... Dia macam ni tau. Nak makan nasi tapi tak nak makan nasi. Bosan agaknya makan nasi. Jadi kita pun rasa sushi lah pilihan yang tepat. Mudah dan sedap dimakan ganti nasi.
Pesan pada encik suami beli sushi masa balik kerja nanti. Saya pesan, beli sushi macam dekat AEON tu. Maksudnya dalam satu pek ada pelbagai sushi. Disebabkan perjalanan balik kerja tak melalui AEON, singgah Family Mart je lah.
Sudahnya encik suami beli Gimbap! Gimbap pun gimbap lah. Sama je dengan sushi. Gimbap dari Korea, Sushi dari Jepun. Walaupun ada perbezaaan dari segi bahan dan pembuatannya, tetap lebih kurang je kot kan.
Encik suami beli classic tuna gimbap (Gimbap tuna klasik) yang dipek dalam bekas. Dalam satu bekas ada 8 potong gimbap. Sorang makan 4 potong, jangan mengelat! Hihi...Tapi tulah kadang mampu makan 2 potong je. Lepas tu simpan dan makan kemudian.
Selain suka makan sushi/gimbap. Suka juga membeli onigiri. Satu kegembiraan kalau dapat keluarkan onigiri dari bungkusan dengan elok tanpa merosakkan pembalut seaweed. Barulah syok makan tanpa seaweed terkoyak.
Dekat Family Mart ni apa je yang tak sedap. Semua sedap². Yang sedap-sedap dan viral tu selalu cepat habis dekat rak.
Harga Gimbap Tuna Klasik tak silap RM10 lebih macam tu. Puas hati sedap dan kenyang makan dengan saiz yang besar. Isi tuna kalau lebih sikit mesti lagi sedap.
Aduh, kalau pergi FM, rasa nak tapau aje semua makanan yg ada tau.
ReplyDeleteTahu takpe kak. Rasa nak angkut semua je kan.
Deletetak pernah try lagi, family mart pun tak sempat nak pergi lagi walaupun dah ada cawangan kat tempat saya..
ReplyDeleteSekarang dah banyak cawangan FM kan. Mana mana ada je. Takpelah, next time kalau termasuk FM bolehlah cuba.
DeleteSama juga suka sushi dan gimbap. Onigiri kurang sedikit sebab nasi lagi banyak macam tidak seimbang dengan lauk. Tapi boleh sahaja makan tidak tolak orang bagi.
ReplyDeleteA'ah onigiri nasi dia lebih lagi daripada isi. Kalau lapar lapar kenyang juga. Rezeki jangan ditolak.
DeleteOnigiri Kalau ada rasa pedas.pedas tu saya suka..Yang macam gimbap ni, tak minat sangat..tapi bolehlah telan...
ReplyDeleteYang pedas pedas sedap sikit kan. Taklah boring rasa dia.
DeleteSaya pun berfikiran gimbap dan sushi lebih kurang saja rasanya.
ReplyDeleteCuma sushi lebih menarik sebab banyak variasinya. Berwarna-warni pula.
Ya, sushi macam lagi menarik banyak pilihan dan bercampur warna.
Delete