Pernikahan MK K-Clique & Siti Hajaar Dan Mizz Nina & Essam. Tahniah!

Hari Jumaat , hari yang dianjurkan untuk bernikah. Hari ini hari Jumaat, 16 Jun 2023 merupakan tarikh pernikahan Muhammad Hairi Amin Hamdan (MK K-Clique) dengan suri hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin.

Tahu-tahu dah kahwin. Bukan lakonan, bukan juga prank. Terjawab sudah persoalan MK dan Siti Hajaar menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini.

Dengan sekali lafaz, mereka selamat disatukan dan sah sebagai suami isteri. Majlis pernikahan MK K-Clique Dan Siti Hajaar berlansung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor yang dihadiri keluarga terdekat.

Pasangan pengantin baru itu mengenakan busana pernikahan warna putih yang melambangkan kesucian. 

Pernikahan MK K-Clique Dan Siti Hajaar
Credit to the rightful owners for pictures/information/media used

MK dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad. Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah sama. Majlis resepsi Pasangan pengantin baru, MK Dan Siti Hajaar akan diraikan pada hari Sabtu ini di sebuah hotel di Klang, Selangor.

Mizz Nina & Essam Muhammad

Penyanyi Mizz Nina, Shazrina Azman juga telah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad iaitu seorang penyanyi rap AS yang komited berdakwah sama sepertinya. Majlis pernikahan itu diadakan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Majlis resepsi pulaakan diadakan di Kuala Lumpur, tidak lama lagi. 

Mizz Nina Dan Essam Muhammad
Credit to the rightful owners for pictures/information/media used

Alhamdulillah..Tahniah buat mereka. Semoga berbahagia dunya akhirah. BarakAllahu feekum! Tumpang gembira untuk setiap pasangan yang berkahwin. Tahniah!

sumber :  mstar

4 comments:

  1. Diam-diam sudah berkahwin terutama Mizz Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Tahu-tahu je dah nikah dah. Alhamdulillah...

      Delete
  2. Tahniah buat kedua-dua pasang pengantin.
    Alhamdulillah. Sudah sampai jodoh kali kedua buat Mizz Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semoga jodoh mereka berpanjangan. Aamiinn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.