Selamat Hari Raya Aidiladha 2023
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 29 Jun 2023 iaitu 10 Zulhijjah 1444H seperti yang telah isytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Hari Raya Aidiladha dikenali juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.
baca juga
Koleksi ucapan, pantun dan poster selamat hari raya Aidiladha
Koleksi ucapan, pantun dan poster selamat hari raya Aidiladha
Cuti Hari Raya pertama Aidiladha adalah cuti umum dan ada sesetengah negeri mengambil cuti sehingga raya kedua. Kebetulan Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Khamis, maka dapatlah cuti panjang sikit sampai hari Ahad. Cuti long weekend gitu.
Selamat Hari Raya Aidiladha 2023 diucapkan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Selamat menunaikan Haji dan ibadah korban. Semoga kita semua dapat menghayati ibrah dan pengajaran atas peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah yang mulia ini.
Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT. Aamiin...
Aidiladha adalah nilai sebenar sebuah PENGORBANAN
Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji sempena ibadah haji yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan di tanah suci Mekah.Hari Raya Aidiladha salah satu perayaan yang istimewa disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, dan solat sunat Aidiladha apabila menjelang pagi serta disusuli khutbah Aidiladha.
Tarikh 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu di padang Arafah, di luar kota Mekah.
Kebiasaanya, sambutan seterusnya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada bermula 10 hingga hari siang 13 Zulhijjah.
Kebiasaanya, sambutan seterusnya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada bermula 10 hingga hari siang 13 Zulhijjah.
Erti pengorbanan Hari Raya Aidiladha
Korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah SWT dari segi bahasa, manakala dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.Selain itu, ibadah korban yang dikerjakan pula adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S kerana ketaatannya terhadap perintah Allah SWT di mana Nabi Ibrahim telah bermimpi yang melalui mimpinya Allah SWT telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.
Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Siti Hajar berkata,
Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.
Setelah mendengar kata-kata dari ibunya, Nabi Ismail berkata kepada bapanya,
Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Nabi Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuatkan orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri.
Walau apa pun tuduhan terhadapnya, Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya

Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelingkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.
Justeru, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai manusia, Nabi Ibrahim pun menggeletar sambil membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan perintah dari Allah SWT.
Umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban dengan niat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.
Ibadah haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia pula seperti, apabila seorang suami berkorban jiwa dan raganya demi mencari rezeki dan membimbing keluarganya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan perintah dari Allah SWT.
Keistimewaan Hari Raya Aidiladha
Susulan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan selain masyarakat setempat.Umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban dengan niat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.
Ibadah haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia pula seperti, apabila seorang suami berkorban jiwa dan raganya demi mencari rezeki dan membimbing keluarganya.
Juga tidak terkecuali pengorbanan seorang isteri itu terhadap suami dan anak-anak dengan usaha memastikan setiap keperluan dan pengurusan rumahtangga teratur agar kebahagian terus dikecapi keluarganya.
Bagi seorang ibu pula, berjaga semalaman kerana prihatin terhadap keperluan anak yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali bagi ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Biar pun kelihatan kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Dalam aspek kemasyarakatan, mereka yang bersikap ringan tulang dengan saling bantu membantu bukan sahaja akan mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, malah kesanggupan berkorban dalam banyak hal pula mampu mewujudkan suasana sejahtera di dalam sesebuah komuniti masyarakat.
Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam lebih kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari terus mempengaruhi masyarakat.

Namun pengorbanan itu haruslah dengan setinggi-tinggi keikhlasan kerana Allah SWT iaitu demi mendapat keredhaan Allah, bukan dengan tujuan bermegah-megah demi kepentingan sendiri. Juga harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan.
Kebiasaanya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Sambutan Hari Raya Aidiladha
Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.Kebiasaanya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, Acara korban akan dimulakan.
Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, Acara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Semoga Aidiladha kali ini memberi sejuta makna buat seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.
sumber : www.umt.edu.my | www.airtimes.my
sumber : www.umt.edu.my | www.airtimes.my
Selamat Hari Raya Haji buat semua :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji.
Deleteselamat hari raya korban...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Korban Mama Ayu.
DeleteSalam Aidil Adha utk Fiza 🌷
ReplyDeleteSalam Aidiladha kak.
DeleteSalam aidiladha dari wak yg jauh dimata.. aminn
ReplyDeleteSalam Aidiladha Wak Lat.
Delete